TIDAK SESEMPURNA BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hai.. Bersua untuk edisi yang kesekian kalinya.. cuma bezanya malam ni, aku menulis awal betul.. ndak macam selalu, jam 12 atau jam 1 begitu baru aku update aku punya Blog.. Emmm.. Tajuk hari ini, menunjukkan betapa ada kekurangan dalam kehidupan aku.. dah masuk hari yang kedua.. Kita berpuasa.. dan aku begini.. beginilah dia.. huwaa

Setiap kali aku mengingati detik itu, seolah2 air mata ni mau mengalir jak.. cuma terhenti apabila aku merasa perlu untuk aku mencuba untuk tabah dan terima hukuman ini atas kesalahan yang aku ciptakan sendiri.. acap kali keadaan ini melanda diri aku.. termasuk ketika aku bertugas hari ini.. memutarkan beberapa genre lagu yang bercerita mengenai RINDU dan TEMAN..

Hari ini, aku berterawih secara jemaah di Masjid Pantai untuk kali pertamanya dalam tahun 1431 H ini. Semalam balik kampung, jadi tak dapat terawih berjemaah dan sebelum ini pula aku ndak dapat berterawih kerana menempuhi perjalanan pulang dari KK ke Tawau setelah mengharungi cabaran untuk bergelar penjawat tetap. Mudah2an semuanya berjalan lancar.. Yang pasti, aku tidak menolak sebarang kemungkinan dan aku mengakui ada satu perasaan bimbang.. emmm

Selepas berterawih, seperti semalam, aku ditemani si "Comel" melepak di tepi laut.. kami berdua saja.. mengenangkan kisah gembira yang pernah aku kecapi sebelum ini di lokasi itu membuatkan aku tidak sanggup untuk terus berada lama.. Jam 9 aku bertolak pulang.. ahh.. Sampai bila agaknya ia akan berakhir..

Seperti biasa, aku cuba menghantar sms kepada dia yang sedang marah.. Ntah la.. dia baca atau tidak. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau ada orang yang buat dia marah, memang dia akan ignore saja sms itu.. dan aku merasakn aku menerima nasib yang sama. Tapi, aku tidak akan berputus asa.. Kerana aku sayang akan hubungan persahabatan yang pernah kami garab bersama sebelum ini..

Sejenak aku melihat nota hari lahir yang dikirimkan sebelum ini. Sempena hari lahirku yang ke-25 Tahun.. "Take this small gift as a token of friendship" Ahhh.. Kesedihan itu menerpa kembali.. Betapa aku merasakan kerugian ketika ini kerana telah melukai hati seorang insan yang begitu baik pada aku..

"Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa".. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk aku kala ini.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, Tidak berguna.. Tiada ungkapan lain yang wajar aku ngkapkan melainkan MAAF.. Ndak tau sudah.. Aku Blur... My Name Is SAAT :(

No comments: