MISS-ing

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

4 Hari 3 Malam aku di kampung.. dan hari ini, aku kembali semula ke kota yang tidak sibuk seperti kebanyakan kota di dunia. Tawau Bumi Bertuah, kerana memiliki aku.. ayat itu salah! dan perlu di tulis begini "Saya bertuah kerana berada di Tawau". hurmm.. hehehe

Olaaaa.. kangen banget sama FB dan juga Blog ni. Lama ndak menulis. Tiap2 malam rasanya tangan ini gatal untuk menulis sesuatu. Namun, apakan daya, teda internet connection di kampung tu.. Makcik aku guna Broadband.. :)

Di kampung, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah saja. Misi untuk menenagkan fikiran dan jiwa sedikit tercapai walaupun tidak 100% berjaya. Namun aku gembira dapat berkumpul lagi dengan keluarga tercinta. Sahur bersama, berbuka bersama dan semuanya bersama.. Tidur pun di ruangan yang sama.. Ruang Tamu.. hihihihi.. Orang susah memang begitu..

Alhamdulillah, setelah apa yang berlaku kepada aku belakangan ini, aku banyak belajar. Belajar erti kesabaran, erti persahabatan, erti kesantunan, belajar erti pengorbanan.. dan yang paling penting, aku belajar bagaimana untuk mengasingkan masalah dengan memanipulasikan persekitaran yang ada. Aku katakan bahawa aku BELAJAR.. bukan EXPERT.. jadi, tidak bermakna aku bebas daripada melakukan kesalahan yang berulang.. dan tidak juga bermakna aku mempunyai cita2 untuk mengulangi kesilapan yang sama. Aku sebagai manusia biasa juga akan berusaha untuk menjauhinya, kerana aku sudah rasa natijahnya. Tapi, kalau DIA mahu aku merasakan keadaaan yang sama untuk kali kedua.. aku yakin, ada pelajaran baru tersedia untuk aku di dalamnya.

Sepanjang aku di kampung, aku banyak menghabiskan masa dengan ibuku. Bercerita mengenai banyak perkara.. Daripada yang remeh temeh, sehinggalah kepada sesuatu yang perlu untuk aku pertimbangkan. Di kampung juga, aku melakukan banyak perkara yang bagi aku sudah aku tinggalkan sejak bergelar graduan. Sebelum ini, aku yang melakukan semuanya sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ketika itu. Dan bermula selasa yang lepas (17 Ogos 2010) aku melakukannya semula. Langsung tidak merasa kekok melakukan aktiviti yang sudah lama aku tinggalkan. Langsung tidak kekok, tetapi sedikit keliru.. hihihihi..

Semasa aku di Kampung, aku tidak langsung berfikir mengenai apa sahaja mengenai kerja. Hanya yang aku fikirkan mengenai kehidupan aku 10 tahun akan datang. Adakah aku mampu untuk tinggal di dalam rumah kediaman atas nama aku sendiri? Atau akan terus menumpang di rumah yang sudah aku duduki puluhan tahun itu? Emmm.. Apapun, aku bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal free disitu dn berdoa semoga ada sesuatu yang membahagiakan menanti di jalan2 kehidupanku ke hadapan.

Memang seronok balik kampung. Menyaksikan timbulnya matahari dan terbenamnya matahari seolah2 membawa aku kepada zaman kecilku. Zaman yang aku keluar ke sekolah ketika mentari memunculkan dirinya.. dan pulang dari bermain ketika matahari semakin tenggelam di ufuk. Hebat sangat2. Melakukan solat sunat tarawih di kampung, membawa aku melihat betapa anak2 kampung yang dulu menjadi teman sepermainanku sudah besar panjang. sama seperti aku. Cuma mungkin aku agak sombong, kerana langsung tidak menegur atau menyapa mereka. Hanya mampu ku lemparkan senyuman yang paling menawan.. itupun antara malu dan ragu.. hurmmm.. kalau ku ingat.. hahaha.. memang gila kalau ada sesiapa yang tidak merindui zaman kanak2nya.. melainkan mereka yang selalu di buli masa kecik.. oh!, aku tidak :)

Hari ini, aku pulang ke bandar. Esok aku kerja pagi. Terasa rindu ingin keudara dengan mood yang lebih ceria. Tapi, mampukan aku?? My Name Is SAAT :)

No comments: