OH DUGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hellow olzz.. Lamanya aku ndak mengupdate blog aku ni.. dulu masa aku awal2 buka bukan main lagi semangat.. rupanya semangat taik ayam jak.. hehehe.. Semoga semuanya sedang sihat dan akan terus sihat.. semoga semuanya sedang bahagia dan akan kekal bahagia.. Itu adalah doa yang senantiasa kita mintak dari yang maha Esa.. Tapi kadang-kadang, bukan semua permintaan hati kita tu ndak di tunaikan.. bukan bermaksud doa kita ndak di dengar.. cuma mungkin sedikit ujian agar kita lebih kerap untuk meminta dan memohon kepadanya..

Tabiat manusia.. Kalau dah susah, baru ingat kepada yang maha Esa.. sering alpa dan leka dengan setiap kegembiraan yang dianugerahkan kepada kita.. emmm..

Ini kali pertama aku membuat tajuk untuk post aku.. selalunya aku letak tarikh jak kan.. konon2 mau buat pembaharuan.. ndak tau sampai bila.. tinguk syak laa.. hehehe..

Cabaran bermula apabila aku menerima tawaran daripada SPA untuk menduduki peperiksaan B17 di Kota Kinabalu.. terasa aku akan menempuhi satu pengalaman yang mencabar kerana buat kali pertamanya aku akan menduduki ujian di luar daerah Tawau untuk jawatan ini.. terasa tercabar lagi apabila duit poket ketika itu cukup2 makan syak.. huwahuwahuwa.. sadis sungguh kalau di ingat.. tapi, Thankz to Mr. Zhafrin sebab banyak membantu.. dia pun pegi jugak.. kami sama2 di sana.. dan untuk kesekian kalinya setelah 10 Tahun.. dia pigi KK melalui darat.. waaaaa... sapa bawak? Si Saat laa.. hihihihii.. dek kerana ndakda duit mo nek bilon.. seret jugak kawan.. sepanjang perjalanan, besalah kan, lenguh seluruh badan.. aku pun risau jugak dengan keberadaan Abg Zhaf.. iyalah.. 10 Tahun naik bilon syak pigi KK.. tetiba naik Bas pulak.. dari satu keadaan yang selesa, kepada satu keadaan yang keurang sikit selesanya.. apapun, thankz to him sebab sama2 mau pigi naik bas pulak tu.. huhuhu

Cabaran yang pertama kami tempuhi dengan baik.. alhamdulillah.. walaupun penat, tapi, demi untuk bergelar penjawat kerajaan, aku dan abg zhaf pegi jugak.. tapi best laa.. sebab kalau kami lulus ujian suara ini, kami ndak akan menduduki ujian bertulis.. terus saja pegi Interview.. itu yang dikhabarkan oleh pegawai yang menjaga kami sepanjang ujian itu berlangsung..

Cabaran demi cabaran berlaku dalam hidup seharian aku.. balik dari KK, makcik aku tanya pasal kesan kemek di belakang si "Comel". Aku tersentak seketika.. huhayyy.. konon2 baru perasan.. padahal, lamaaa sudah ku tau.. Alhamdulillah, isu itu ndaklah di cerita lama2.. sekejap saja.. Nasib Baik ndak pecah rahsia.. hihihihi

Cabaran seterusnya aku buka.. Pergerakan ke KK untuk kali kedua bagi menghadiri ujian bertulis B 27.. Terasa tertekan apabila isu "Orang Luar" menjadi isu hangat di pejabat. Mood aku untuk kerja terus hilang bila dua orang rakan setugas menyergah aku dengan soalan berkenaan "Orang Luar". Terkejut, terkesima, tersentak,"isnap" hahaha.. semua ada masa itu.. adussss.. keliru seketika aku dibuatnya.. terfikir aku sejenak bagaimana insan yang dibilang KAWAN itu dianggap sebagai ORANG LUAR?? uhuuuuu... tapi yang pasti, aku mengesan kesalahanku disitu apabila aku seolah2 bertindak sewenang-wenangnya apabila memanggil mereka untuk join-in tapi tidak mengusulkan perkara ini kepada yang berwajib.. yaa.. sedar diri laa.. Piecemil pulak.. kontrakan lagi tuh.. huh..

Cabaran untuk menahan kemarahan semakin kuat apabila aku masuk ke ofis, rakan sekerja itu cuba untuk menekan2 atas keputusan yang aku buat. Aku semakin terkejut apabila dia memberitahu kawan aku yang sorang itu akan pegi ke KK menaiki bas semata2 inginkan keselesaan.. huhayy.. aku terus call orang yang dah aku anggap Abang.. kami kensel ikut kereta Jabatan.. Yang hebatnya lagik, kebetulan kawan kepada si Abang ini mau pigi KK.. Alhamdulillah.. sekurang2nya kami masih bertuah walaupun last minit sudah ni.. Thankz to AZIZAN :)

Masa di KK.. Kami semua begitu gembira.. especially aku lah.. sebab, bajet boleh save lagi sebab tinggal di hotel Free.. Thankz to "the MAN" and credit to Abg Zhafrin.. kalau bukan sebab dia, ndaklah aku merasa nikmatnya tinggal di Hotel Free dua malam.. Katil empuk, besar pulak.. huwahuwahuwaa..

Isu "Orang Luar" terus popular dalam kalangan kami.. masing2 ndak puas hati.. kalau betul durang di larang untuk ikut ke KK.. kenapa sebelum ini mereka bebas menumpang ke News Function?? Timbul persoalan itu tiba2 setelah mendengar penjelasan panjang lebar... kenapa menggunakan ungkapan "Orang Luar" Aduhhh.. makin panas isu ini..

Exam berlangsung dengan penuh harmonis dengan pelbagai gelagat dan kisah lucu.. Alhamdulillah, soalannya tidak sesukar mana.. Thankz to Abg Zhaf sebab mengasi pinjam Nota dan memberi tunjuk ajar khususnya dalam English.. Terasa diri begitu tidak berguna seketika bila asyik bergantung kepada usaha orang lain untuk kepentingan diri.. terasa diri sangat tidak bersedia sedangkan mempunyai visi tinggi iaitu mau lulus ujian ini.. terasa diri begitu bangga kerana ada insan seperti abg Zhaf.. Thankz a lot to you my dearest Brother..

Pulang ke Tawau pada jam 8.20 malam dengan menaiki Flight.. sisa duit yang ada ku korbankan untuk pulang dengan lebih selesa dan lebih awal.. tapi duit masih dalam bajet.. meskipun tersasar sedikit jumlahnya.. apapun. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang di rancangkan..

Dan kini, aku mengalami satu lagi cabaran yang cukup besar.. kali ini merupakan kali yang kedua.. dan yang pasti, aku jugak puncanya.. akibat situasi yang dianggap sebagai "Miss-Understanding" aku menerima hukuman daripada insan yang sentiasa berada disebelahku tatkala aku senang mahupun susah.. orang yang sering berada bersama aku ketika dia sedih atau dia gembira.. orang yang sentiasa menolongku ketika aku susah meskipun aku tidak meminta.. Ndakda sudah kata2 yang boleh aku garab untuk menunjukkan betapa dia sungguh baik hati.. aku mendefinisikan dirinya begini.. Kalau dia BAIK, dialah yang paling BAIK DI MATA.. Kalau dia MARAH, dialah yang PALING JAHAT DI MATA.. aku umpamakan dia begitu.. aku dah nampak beberapa orang.. malah aku sendiri sudah merasakannya.. dan kini, untuk kali yang kedua.. aku tersilap melakukan sesuatu yang dia tidak suka..

Cabaran ini cukup getir untuk aku laluinya.. sedangkan kini, aku hanya ada mereka sebagai SAHABAT ku di Dunia dan Akhirat Insya-Allah.. hurmm.. Kalau ini adalah hukuman yang perlu aku tempuh untuk merawat luka yang dicalari oleh aku.. Aku redho.. Tapi ku harap, semoga keadaan ini tidak terlalu lama.. ahhhhhh.. Aku Benciii Perasaan Ini..

1 Ramadhan.. Aku sempurnakan tanpa keberadaan mereka.. Mizz You My Beloved Frend.. Aku Minta Maaf.. "UPIN DAN IPIN".. My Name Is SAAT :(

No comments: