09 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancang.. Tiada perasaan yang mampu menggambarkan betapa aku gembira hari ini.. Dorongan dan semangat oleh rakan2 semua membantu aku menjalani hari2 penuh debaran.. Setiap detik aku senyum saja hari ini.. Di ofice tadi, aku gembira betul.. aku melupakan seketika masalah yang menimpa aku.. hadapinya dengan redho dan sabar.. itu yang aku cuba buat.. atas bantuan dan dorongan rakan2 ku sekalian.. Thankz untuk yang kesekian kalinya..

Hari ini?? Emm Apa cerita hari ini?? Huhayyy.. Macam biasa aku p opis lambat sikit sebab aku tunggu kawan aku si Abg Tamrin mengambil.. jam 8.30 pagi aku di ambil.. sampai di opis, kena sindir pasal lambat sampai.. aku jugak yang kena.. padahal aku lambat sama abg Tamrin.. sabar jak la jadi mangsa buli yang semakin pandai dan disayangi.. hahaha..

sepatutnya aku tidak on-air hari ini. atas dasar kawan, aku bantu seorang rakan sekerja aku mengendalikan sebuah rancangan terbitannya.. Terasa rindu yang teramat sangat untuk keudara.. maklumlah, sekarang ni aku hanya dilepaskan hari sabtu dan ahad sahaja.. jadi?? Begitulah ia.. Bidang yang aku cinta dan puja sejak tingkatan 5.. hehehe.. Alhamdulillah..

Jam 3, kawan aku Al-Umar dan Andi (Mudah2an dia gembira aku tulis namanya.. hahahahaa) datang ke pejabat ku dan membawa khabar gembira.. "Ia" sudah sedia untuk terus berkhidmat kembali.. kami p giant dulu korek duit yang masih bersisa.. dan terus ke 'klinik' "ia".. Perasaan puas hati dan gembira tidak terkata.. walaupun sudah hilang 'dara' nya.. namun ia masih tetap COMEL macam dulu.. sepanjang perjalanan pulang, aku tak henti 'bercerita' dengan "ia".. membawanya ke pejabat kawan aku, Toniey untuk diserahkan sebahagian anggotanya yang telah cedera.. dan jelas, dia juga puas dengan pemulihan yang dilakukan oleh 'doktor klinik' itu keatas "Ia".. aku tersenyum bahagia..

Dalam jam 4, aku bergerak pulang dengan meninggalkan semua perasaan takut dan cemas sebelum ini.. aku bahagia dan gembira.. Malam pula, aku bawa makcikku yang tercinta ke sebuah restoran di batu 3.. Fireball.. di Kubota Square.. dia belanja.. itu yang aku mau pigi tu.. hehehe.. lepas ja balik dari sana, aku terus pegi highway sendiri.. dorang abg Zhaf lambat turun.. bosan sendiri di sana, aku bergerak balik ke rumah dan aku lepak dalam kereta sampai jam 11 malam.. cadang2 jam 11 mau naik rumah, tapi dorang abg zhaf mengesahkan yang mereka akan turun dan aku gembira lagi..

Satu perkara yang mungkin biasa bagi kamu, tapi aneh bagi aku.. Kawanku si ANdi, rancak bersms dengan aku.. Terasa locok pula.. ndak tau kenapa dia.. mungkin sunyi kali.. baru di tinggalkan kekasih.. huwahuwahuwa.. berbekalkan pengalaman dan janji yang telah di ungkapkan keatasnya, aku membalas mesejnya bagi mengelakkan dia kecewa.. ya lah.. aku kan mau menjadi kawan yang baik.. hehehe.. terasa lucu sebab petang tadi masa dia dan Mai datang mengambil aku di pejabat, mukanya murung.. Macam di tampar setan.. paham2 la kamu kan bagaimana rupanya tu.. dan yang pasti, malam itu semua kami gembira sambil melepak di Restoran SIdarap Corner.. Seorang budak baru aku kenal hari ini ialah adik si Mai.. namanya si Endut (kalau ndak silap) tapi ndak juga kendut.. sama jugak macam abgnya si Mai dan si Lalam.. Yang pasti, muka dorang ni macam ndak sama.. cuma warna kulit ja yang lebih kurang.. hehehe.. sama jugak dengan yang menulis ni.. hahahha :P

Suka betul aku bah malam ni.. apapun aku bersyukur kerana segala kebimbangan yang melanda aku sejak akhir2 ini terubat.. bukan dengan ubat2an yang di jual di Farmasi.. tetapi dengan keikhlasan persahabatan daripada kawan2 aku.. sukar untuk ku peroleh di mana2.. memang banyak hikmah atas kejadian ini.. kesedihan yang bermula berakhir dengan pelangi yang indah.. My Name Is Saat :)

No comments: