08 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari yang cukup mendebarkan dapat aku lalui dengan penuh tabah.. Terima Kasih ku ucapkan kepada kawan-kawanku yang telah sama-sama menolong aku dalam keadaanku yang dirundung malang.. Itulah kelebihan bila kita memiliki kawan yang betul2 menjalankan tanggung jawab sebagai kawan.. Aku beruntung kerana memiliki mereka.. Tapi aku masih merasakan aku tidak menguntungkan untuk mereka.. Tapi itu tidak bermakna aku tidak mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka.. Saling memberi.. Sama menerima.. Masing-masing merasa..

Mataku terbuka sebaik aku dikejutkan dengan kelunakkan suara dua pengacara MHI yang tidak asing lagi bagiku tiap pagi.. Wardina Safiyya dan Ahmad Fedtri Yahya.. Memang begitu kebiasaannya.. jam masih terlalu awal untuk aku memulakan planning hari ini.. Minda masih terfokus pada insiden semalam yang pasti telah mencatat memori luka tapi berharga di dalam diari jiwa.. Lincah sungguh otakku memikirkan bagaimana untuk mengatasi dan menyembunyikan segalanya daripada pengetahuan keluarga tercinta.. Bukan niat untuk menyembunyikan daripada mereka.. Tapi inilah jalan penyudah yang kurasakan sempurna..

Berulang alik makcikku ke tingkap seolah2 dapat merasakan ada sesuatu yang "indah" diluar sana.. Aku cuba menyembunyikan semuanya dengan menutup mulut.. Tidak berani berkata walau sepatah.. Selalunya kalau pagi-pagi begini, kami mula bercerita mengenai apa sahaja.. Asal dapat berkongsi sesuatu sambil meluah rasa.. Kalau pagi, mesti ada saja.. Tapi hari ini, aku cuba untuk bertindak seperti pelakon lelaki yang telah bertapak lama di dunia seni.. Seolah telah menerima puluhan anugerah.. walaupun dalam hati, umpama lautan yang sedang dilanda ribut taufan yang entah bila akan reda..

Selepas makcikku pergi kerja, mata ku rapatkan semula.. cuba untuk melenyapkan seketika fikiran yang meresahkan itu.. Entah bila, aku sekali lagi dibuai mimpi yang aku sendiri ndak boleh ceritakan semula.. Telefon berdering.. kelihatan muka seseorang tengah senyum di skrin telefon.. AKu cuba memperbetulkan ton suara agar tidak kedengaran seperti baru bagun, dan jelas sekali, suara itu mengingatkan aku kepada kejadian semalam dan mengajak aku untuk melakukan sesuatu.. Jelas sekali ia lebih risau daripada aku.. Thankz sangat kepada dia.. Banyak menolong dan menunjukkan jalan agar urusanku di permudah.. ABg Zhafrin, tiada siapa melainkan dia..

Hampir setengah jam aku mengabdikan diri diatas tilam.. Cuba berfikir dengan tenang.. Tapi tidak berjumpa dengan keputusan yang tepat.. sehingga aku sedar sendiri, jika hanya berfikir diatas tilam, tanpa sebarang tindakan, langsung tiada apa perubahan.. Aku mencapai henfon lagi.. Satu mesej telah ku terima.. Oh.. si Toniey.. bunyi mesejnya "Spain Menang.. Yeahh.." membuatkan aku mengukirkan senyuman seketika.. Tetiba aku teringat akan dia.. Emm.. Call

Selesai mandi, aku meletakkan minda aku kepada satu misi yang perlu diselesaikan hari ini juga.. Jadikan "ia" seperti sediakala.. Seperti yang dijanjikan, aku akan bergerak bersama si Toniey.. Dia mau tolong jugak aku.. Setiba dibawah, aku ingin melintas jalan menuju ke pada "ia".. Bingung seketika memerhatikan beberapa manusia yang sedang berdiri di belakang "ia" sambil memerhatikan luka-luka yang membuatku kecewa.. Mereka menoleh.. Oh.. Abg Rahim, Kak Mila, Dar dan Herman.. Huhayy.. Tak sangka semuanya ada.. Ingatkan abg rahim seorang saja.. adakah niat untuk merahsiakan kejadian kepada rakan sekerja akan termakbul?? Entah laa..

Aku bergerak bersama Toniey untuk berjumpa dengan si Latip, nama budak yang memulakan cerita.. Selesai bersarapan, kami berjumpa di tempat yang dijanjikan.. Aku Dia dan Toniey begerak ke batu 3.. Melengkapkan semua yang masih kurang.. walaupun duit memang kurang, tapi itulah.. berusaha juga untuk dilengkapkan.. Dari batu 3 ke Kampung Jawa dan pengakhirannya di Muhibbah.. Terima Kasih kepada Al-Umar Syarif atas bantuannya jugak..

"Ia" aku tinggalkan bersama makanik itu.. Aku pertanggungjawabkan semuanya kepada dia.. Terasa sedih bila mengenagkan semua itu.. Tetapi kesedihan itu mampu ditutup dengan rasa gembira yang tidak berbelah bahagi bila melihat bagaimana usaha kawan-kawan yang ingin membantu.. Thankz a lot ya.. Hari ini memang memberikan satu tekanan yang luar biasa namun ia juga membeikan pengalaman yang cukup berharga.. Dan, makcik aku masih belum mengetahuinya.. Sampai bila? Kalau boleh.. Buat selamanya.. My Name Is SAAT :)

No comments: