07 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tiada kata harus ku ungkapkan, tiada bicara yang bisa menggambarkan.. betapa aku sedih dan tersentak.. tatkala sebuah mesin dua roda itu melanggar belakang "harta" milikku.. Terkujut, terkedu lidah seketika.. Tersentak hati dan terhenti langkah sementara.. aku bingung seketika menantikan hari esok yang entah bagaimana kejadiannya.. Fikiran berkecamuk membayangkan hari esok yang penuh dengan tanda tanya..

Aku menggigil kesejukan.. Angin laut menerpa ke kulit.. Rakus melapah segala debu yang ada.. Tiba-tiba semua mata terarah padaku.. Aku yang mereka cari.. aku hanya mampu berkata "Aku cuma mau benda tu 'hilang'" atau lebih tepat lagi, aku mau ia kembali kepada keadaan sediakala.

Mungkin aku salah kerana meletakkan ia di satu kawasan yang tidak halal untuknya. Atau mungkin juga aku salah kerana tidak meluruskan kedudukannya. Tapi adakah aku juga yang patut dipersalahkan kerana tidak mengikut gerak hati?? Huhayyy..

Sebelum ini, seorang kawan aku yang memiliki sejenis "ia" yang sama denganku juga mengalami nasib yang sama.. Hanya beberapa hari lewat kebelakang.. Seorang lagi rakanku juga menempuhi pengalaman yang sama, namun masalah mereka hampir ke penyudahnya.. Tidak seperti aku yang baru bermula sekitar jam 12.45 pagi.. Kesedihan menjelma tatkala aku mengatur kata ini.. Cuba untuk mengimbas kembali detik hitam ini terjadi keatas "ia".

Seperti biasa, aku lepak bersama teman karibku di Highway... Lemon Teh Ais seperti biasa menjadi pembasah tekak untuk seketika. Aku asyik ketawa dan ketawa.. Sempat menjadi batu api atas krisis yang sedang dialami oleh dua orang sahabat yang berada di situ. Mungkin ini juga dikatakan sebagai Karma.. Hukum Tuhan.. Yang pasti aku belajar untuk menerima dengan Ikhlas meskipun sukar untuk ku percaya.. sekelip mata ia merubah segalanya..

Sedang ayik menyaksikan filem 'Titanic' lakonan hebat Leonardo D'Caprio.. kami dikejutkan dengan sesuatu bunyi yang meresahkan hatiku.. ramalan awal mengena.. "ia" dikasari dari arah belakang.. aku melangkah terburu-buru.. dan tiba-tiba langkah itu terhenti di satu sudut di belakang himpunan manusia yang kian ramai mengerumuni.. "Dah Agak dah.."

Yang pasti, pengalaman ini mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan berani.. Thankz to Abg Zhafrin yang cuba untuk membantu meskipun ditegah oleh beberapa mereka yang menjadi pelaku atau rakan kepada si pelaku utama. Kalaulah Abg Zhaf tiada.. Mungkin aku hanya mampu membiarkan mereka berlalu tanpa usaha untuk mengembalikan "ia" kepada keadaan yang sihat sedia kala. dan yang pasti aku terasa sedikit gentar untuk melalui hari esok yang belum pasti bagaimana penyelesaiannya.. Bagaimana tingkahnya.. Bagimana lagunya.. dan bagaimana rentak tarinya.. yang pasti hari ini adalah merupakan satu hari yang meninggalkan pengalaman yang cukup berharga.. My Name Is Saat :(

No comments: