01 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Semoga semuanya sihat dan berada dalam Track yang telah ditentukan.. Hari ini mo kongsi sikit apa yang berlaku dalam kehidupan.. hehehe.. ndak salah kalau mo bekongsi bha kan?? Ndak jua di bayar.. :P

Hari ini aku balik kampung.. 24 Batu dari Bandar Tawau.. Sepatutnya ndak mau bali, tapi dek kerana Aunty aku mo balik, so terpaksa lah balik meskipun aku dah balik 1 hari lebih awal..

Macam biasa drive safely.. Teringat pada yang di sayangi kan?? sampai di kampung dalam jam 11 lebih gitu.. dan perkara pertama di cari adalah AIS KRIM.. Panas woo.. Semua adik beradik ada di rumah melainkan Aziana Acho, adik aku no 4 yang skung ada di Lahad Datu, menjaga anak makcik aku la di sana kan.. kebetulan hari ini hari cuti..

Peristiwa hari ini yang best.. Satu Keluarga (Lelaki Sahaja) telah membotakkan kepala.. hehehe.. start dari My Beloved Father, pastu AKU, si Ewan, si Azam dan si Azmie (Anak Buah Aku).. semua pun kasi botak kepala.. sebelum tu, bapak aku kasi bagus tu mesin rambut yang rosak.. atas ilmu dan kekreatifan bapakku itu, 3 buah mesin rambut yang rosak (pelbagai punca) di jadikan 1 mesin rambut yang berfungsi dengan baik.. hehehe.. bangga dia.. :)

Malam, makan malam lah.. makan ramai-ramai dan kami pun makan laaa.. lauknya biasa sahaja, Nasi Putih + Sayur Kangkung yang di buat macam Pecal + Ikan Masak Kunyit dan Air Putih.. itu jak laaa.. makanan kampung yang kadang-kadang membuatkan aku puas menikmatinya.. apalagi kalau makan bersama keluarga.. kan?

Dalam bulan Jun ini, banyak sungguh undangan yang perlu di penuhi.. tapi ndak tau lah ni.. pigi atau endak ni.. ahakzz.. ko paham-paham la kalau orang kawen kan.. hahahaha.. Walau bagaimanapun, usaha jugak la untuk pigi..

Dalam jam 8.30 malam gituw, aku dan Makcik aku gerak balik ke Bandar.. kami kan tinggal di bandar.. stay di Flat Sabindo yang disewa oleh makcik aku.. Aku menumpang sambil membayar lah sama dia kan.. itupun kadang-kadang jugak.. maklumlah, Gaji ndak ketentuan jumlahnya.. Nasib Pegawai Kontrak kan.. Redho..

Sampai ja di bandar, aku kasi singgah dulu Makcik aku betul-betul di bawak flat tempat kami menyewa tu.. Lepas tu, aku gerak pi tempat kawan-kawan aku lepak.. Malam ni kami lepak di Hafizah Catering di Atap Biru.. Banyak juga tempat lepak kami ni.. Kadang kala di Gerai Panjang, Singgah Selalu, Tenda Biru dan itulah dia.. gerai-gerai biasa yang kadang-kadang makanannya memang luar biasa.. Enak bha.. Berbanding sama KFC atau Pizza.. Mc D?? Di Tawau ni belum ada pulak.. hehehe

Aku lepak sekejap ja malam ini.. sebab aku Makcik aku tinggal sendirian ja.. Rakan sewaan yang lain cuti.. sempena Kaamatan dan Gawai.. jadi balik awal lah.. selalu balik jam 2 paling awal.. paling LEWAT jam 10 pagi.. hahaha..

Lepas sampai rumah, mandi dan sebagainya.. lepas tu Edit Blog aku ni lah.. dalam jam 12.10 gitu kawan aku nak di antar pulang.. Aku dah pesan dengan durang, kalau mau pulang kasi tau.. sebab kereta durang tu baru ja terlibat dalam kemalangan.. termasuk durang-durang sekali la.. Mujur teda apa-apa yang berlaku.. Yang pasti masa kejadian, aku ada di sana dan sempat tergamam dan menggeletar tulang lutut sambil pegang kepala yang endak sakit.. Alhamdulillah, durang selamat.. Kalau korang mau tau., sebelum aku memiliki benda yang di panggil KERETA, durang banyak menolong.. sehingga aku ada KERETA pun durang masih menolong.. dan aku dah tiada apa-apa yang boleh ku tolong melainkan khidmat si COMEL (Nama kereta ku itu) membawa mereka atau mereka pandu sendiri kemana durang mau p.. Rasa bersalah lagik kalau durang isi minyak.. tapi hakikatnya.. AKU SUKA.. hahahaha :)

Begitulah kisahnya hari ini.. tiada yang spesel melainkan BERBOTAK beramai-ramai.. hehehe.. Rasanya ini jak yang mampu di bingkiskan untuk seketika.. Esok (2 Jun 2010) aku akan bertugas di ruang udara bermula 3 petang hingga 5 petang.. Ntah apa yang bakal di kongsikan.. My Name Is SAAT

No comments: