03 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysai..

Wah, macam di Radio plak rasanya.. Apa yang di harapkan semoga semua bahagia di samping keluarga dan urusan yang sentiasa ada dan ada dan ada dan akan terus ada.. Macam biasa, hari ini aku pegi opis.. macam biasa juga, aku berjumpa dengan kawan2 seopis aku yang aku rasa semakin hari semakin berkurang.. dalam erti kata yang lain, semakin jauh dengan aku.. adakah sebab aku Ego?? Atau aku ni memang penggaduh?? emmm

Hari ini aku kerja shift tengahari.. bermula 11 pagi sampai jam 15 petang.. Ntah kenapa aku rasa boring sangat kerja hari ini.. Mungkin sebab teda sambungan internet.. itu la pasal, tak dapat bukak Facebook.. Dan berkongsi ceritera dengan kawan-kawan..

Hari ini, aku dah ada DUA Follower dalam Blog.. Thankz to you guyz.. kalu ada apa2 yang nak di tanya, boleh ja utarakan k.. Misti di Respond punya.. hehehe.. Dan hari ini juga, aku bahagia menjadi seorang kawan.. Kawan kepada kawan yang mungkin cuba untuk melupakan kawan di sebabkan satu perkataan yang keluar daripada mulut si kawan, sehingga sang kawan terasa hati dengan si kawan.. Aku masih ingat segala perlakuan itu.. dan aku cuba untuk menjernihkan semula suasana.. sebab, aku sayang si kawan..

Hari semakin berlalu.. Jam semakin rakus memamah sisa waktu.. Aku masih jua seperti dulu.. Masi di takuk lama.. Ntah bila mau berubah.. Kadang2 diri terpanggil untuk membuat sesuatu pembaharuan.. Terkadang diri terpanggil untuk mengubah sesutau dalam diri dalam keadaan semasa yang semakin mendesak.. Tapi, semua itu terbantut bila aku gagal memaksa diri aku.. terlalu manja.. Terlalu ingin relax.. Dan terlalu mengikut rentak jiwa muda yang masih bergendang rancak.. Tanpa memikir masa tua yang semakin kunjung tiba..

Hari ini sempat lepak seketika berama Kak Tija, Abg Zaf, Adik Mai dan Adik Andi Chryl (wakakakka) di satu sudut cafe di Kubota Square.. Banyak isu yang di bincangkan.. dari kes Kecurian.. sehingga membawa kepada isu serangan Tentera Israel kepada pasukan aktivis yang yang semakin mendekati Gaza.. tapi, dalam banyak-banyak siri perbincangan hari ini, ada satu isi yang betul-betul membuatkan aku terfikir.. PERBELANJAAN MELEBIHI PENDAPATAN.. ahaaa..

Iya.. itulah yang sedang aku alami.. Perbelanjaan aku sedang melebihi pendapatan.. Biasalah, Nasib Pegawai Piacemil.. huhayy.. Kagum seketika mendengar bagaimana insan yang ada di depan mata ketika itu cuba untuk memberikan nasihat dan panduan kejayaan.. Terkelu lidah berbicara tatkala mendengar kini dia dah ada 5 buah Rumah dan 5 Buah Kereta di saat diri masih muda.. Benar kata Abg Zhaf, "kita mesti strugle sebelum usiamencecah 30 tahun.. Selepas 30 tahun, segala-galanya akan terlambat.."

Dan kesimpulan daripada perbincangan yang bermula awal pukul 5 petang dan berakhir lewat pukul 6, aku tiada matlamat hidup.. Aku tiada Disiplin hidup dan Aku tiada PERANCANGAN untuk HIDUP BERJAYA.. Mungkin aku ada.. Namu ianya Tidak Kemas dan masih tunggang langgang..

Hari ini adalah Hari Lahir kepada Rakan seangkatan saya, Andi Nurhayati Nurdin.. Selamat hari Jadi ok.. dan semoga apa jua impian akan dapat terlaksana.. Sekarang ni ( 11.29 malam) saya menanti detik 12.00 tengah malam.. Sebab saya nak jadi org pertama yang wish Hari Lahir pada Rafidah Gafar.. hehehe.. Selamat Hari Jadi Pwend.. semoga apa jua yang kau impikan akan menjadi kenyataan.. Dan semoga apa jua yang engkau lakukan, akan mendapat keberkahan.. Aku berdoa kepada Allah, supaya ko di murahkan rezeki, diberikan kehidupan yang baik dan paling penting, berjaya di Dunia dan Akhirat.. Amin~~

Untuk kesekian kalinya malam ni aku ndak lepak.. Ehee.. sebab makcik aku dah bising.. dah berapa malam dia asyik tersedar ja bila masa aku balik.. misti Jam 2 pagi.. adesss.. Tapi dia marah tak lama.. Sekejap ajee.. Lagipun, aku sampai rumah dalam jam 8 malam tadi, terus makan.. lepas tu tinguk berita samoai tertidur sekejap.. dalam jam 10, makcik kasi bangun, suh g mandi.. lepas tu.. emm Layan Blog laa.. hehehe

Yang pastinya, hari ini merupakan satu hari yang menuntuk aku banyak berfikir mengenai strategi.. Strategi untuk ber[erang dengan Emosi sendiri.. Perlua Kuat dan Gagah untuk melangkah.. bagi memastikan sesuatu yang membahagiakan dpaat di kecapi dalam beberapa tempoh matang ke hadapan.. My Name Is Saat :)

No comments: