04 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari yang sedikit suram dan penuh dengan aktiviti TIDUR sahaja.. Banyak perkara yang aku lupa lakukan hari ini seperti MEMOTONG KUKU.. heheh Panjang suda weii..

Sekarang ni sedang menyaksikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 bersama ustaz Mohd. Zamri Zainuldin.. Tak sangka, Ustaz ni merupakan abang kepada kawan saya di UMS dulu.. ndak perasan sehingga melihat FULL Name ustaz ni.. Bin Zainuldin :)

Semalam adalah hari yang banyak buat aku berfikir bagaimana nak mengurus kehidupan dan kewangan untuk masa depan yang kian menyerlah.. Dan hari ini, aku masih lagi belum insaf dan masih lagi melakukan sesuatu di takuk lama.. emm Bila agaknya aku akan berubah erk??

Hari ini aku sampai di pejabat dalam jam 2.15 petang.. Sepatutnya cuti, tapi dek kerana kami ada Fokus Mingguan, jadi, kene jugak la turun.. Pelbagai yang dikupaskan dan pelbagai jua yang di putuskan.. Banyak komen yang pedas, dan ada jugak yang menyentuh tugas dan tanggung jawab aku.. macam biasalah.. SIndiran yang sinis dan tepat.. Kita punya kesalahan, jadi kita mesti redho dan aku akan cuba untuk memperbaikinya..

Sebelum pulang, aku sempat jugak bercerita dengan Kak Zee.. Esok (5 Jun 2010) dia ajak untuk pegi rumah bekas penyampai suara Felda di RTM, si Muazzawati Daud.. AKu masih berbelah bahagi lagi mo p.. Pegi ka ndak ni.. emm.. Jawapannya Esok laaa

Dan sebelum jam 12.00 tadi, Abg Mann ada call.. dia cakap si Rosdy dapat tawaran untuk jadi Artis Budaya.. dan Kemungkinan Besar, jawatan Piacemil akan kosong bagi 1 post di Sandakan.. Dia offer aku, dan aku bebas untuk memilih sama ada mau tetap di sini atau move.. Tapi sekarang ni, aku rasa aku nak stay la di sini.. Banyak perkara yang aku kena fikir kalau aku di sana.. kalu di sini semua ada.. paling penting Keluarga dan Kawan2.. :)

Hari ini hari jadi kawan aku.. dan yang pasti, aku masih belum berani untuk menyapanya sebagaimana dulu.. Sebab mungkin dia masih memerlukan masa yang pernah dia minta daripada aku.. Dan aku masih beri dia masa.. Ndak mau tekan-tekan.. nanti lain pula jadinya..

Sesuatu yang aku belajar hari ini adalah mengenai dengan Tanggung jawab yang ndak boleh di biarkan.. mesti di tanggung dengan baik.. sebab, segala persoalan berkenaan tanggungan kita itu perlu di jawab bila di persoal.. ndak boleh lepas tangan.. Hari ini juga merupakan hari yang banyak teka teki yang menuntut jawapan dari pada aku.. dan jawapannya adalah antara ENTAH JADI atau ENTAH TIDAK.. My Name Is Saat :)

No comments: