19 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mata dah mengantu dah ni.. tapi kene jugak gagahi untuk emnulis sesuatu di Blog terchenta ku ini.. Hari semakin berlalu dan diri semakin mengerti..meskipun amat berat untuk di hdapai, tapi gagahi jua dengan kenyataan-kenyataan yang sebenarnya..

ESOK, 20 Jun 2010.. Hari yang cukup membahagiakan untuk semua mereka yang bergelar bapa.. Hari yang mengangkat Martabat seorang lelaki yang menjadi tulang belakang kepada keluarga.. Seorang lelaki yang di bahunya terpikul segala beban dan tanggungan, kemana ia pergi, kesitu jua ia jinjing.. Tidak cukup sekadar tanggung jawab.. malah disemai dan dibajai dengan kasih sayang, belas kasihan dan kadang kala nasihat yang keras.. semuanya untuk memastikan bahawa kita mengerti, apa yang perlu kita lakukan di dunia ini..

Hari ini, aku mau bercerita mengenai bapa aku.. Acho Bin Bolle.. seorang pemandu lori yang telah mengabdikan dirinya dengan kerja itu sejak aku kecil lagi.. membesarkan kami dengan penuh dedikasi.. ada 8 orang adik beradik aku ni.. meskipun bapak ndak ada pelajaran (dengar cerita dulu2 di suruh g sekolah bapak lebih sukap sawah) tapi bapak tidak pernah mensia2kan masa depan pendidikan kami adik cberadik.. Alhamdulillah, berkat rezeki yang cukup2 makan, aku berjaya menjejakkan kaki ke menera gading

Bapak seorang yang sedikit pendiam dan kadang-kadang kelakar.. apa lagi kalau dah kena tune berguraunya.. hihihihi.. lawak bapak aku ni.. tapi, kalau kena timing seriusnya, besalah kalau orang tua menasihat kan.. rasa macam panas ja telinga.. tapi yang pasti, semua itu ada hikmah dan kelebihannya.. AKu bangga dengan bapak.. Bapa kuat berusaha.. meski[pun bapak tidak se[perti bapak kepada kawan2 ku yang ada jadi cikgu, lowyer, pernah masuk universiti,, dan macam2 lagi laaa.. tapi aku tetap bangga dengan bapak.. sebab bapak tetap sama macam bapak orang lain.. tetap mengutamakan kami anak2nya..

Sangat bersukur sebenarnya aku di lahirkan dalam kalangan keluarga yang sederhana ini.. meskipun kami tiada apa2 tapi kami masih tetap bersama.. tak seperti yang lain, aku ada beberapa kawan yang hidup terumbang a,bing dek kerana tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada orang tua.. tidur malam di kaki lima.. bertilamkan bumi, beratapkan langit.. kalau hujan, tidur tak lena.. kalau panas, tetap juga tak lena... tekak pulak dahaga.. hehehe.. aku mau minum jap :)

Lain kepada mereka yang masih mempunyai ayah tetapi tak dipedulikan, ada juga kisah di sebalik kegembiraan hidup berkeluarga, bapaknya terpaksa pulak diredhakan kepergiannya bagi menyambut panggilan Allah.. Takdir yang sungguh perit untuk di rasa, tetapi mesti jua ditempuhi..

Yang pastinya, tanpa bapak, aku tidak ada di sini, tanpa mamak, aku juga ndak akan membesar begini, tanpa adik-adik, aku tidak akan sebahagia kini, dan tanpa kawan-kawan, aku tidak mungkin kecapi kegembiraan di sepanjang hari.. Selamat Hari Bapa 2010.. I Love You Dad.. My Name Is SAAT :)

No comments: