18 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhayy.. AKU DAH TAU KENAPA AKU SEDIH.. huhuhuhu.. semuanya berlaku apabila aku mendengar lagu di Muzik.Fm lagu daipada kumpulan TEJA : Kau Yang Tak Mengerti..

Dan, hanya bait2 lirik ini yang betul2 membuatkan aku tersentuh:

"Sayangku.. SUngguh Pedihnya Hati Ini,
Bila Ku Mengenang Dirimu,
Membuat Diriku terguris Pilu,
bagai DI Tusuk Sembilu Pilu.."

Ini lah sebenarnya apa yang aku rasakan setiap kali aku menatap wajahnya.. Rasa menyesal yang teramat sangat.. Merasakn diri begitu bodoh kerana terlalu cepat meletakkan harapan, terlalu cepat terpengaruh dengan perlakuan yang rasanya begitu manis untuk dikenang, tetapi pahit untuk di telan, dan terasa diri begitu hina kerana terlalu mudah untuk mengiyakan segalanya tanpa memikirkan impak di belakangnya..

Aku sudah mengalami penyesalan dua kali untuk dua tahun ini. Tahun lepas.. Aku ingat lagi, dia buat perkara yang sama kepada aku.. dan Tahun ini, aku tidak menyangka perkara yang sama juga datang betul-betul di hadapan mata ku.. Sesuatu perkara itu tidak akan dapat di selesaikan secara total jika kita takut untuk menghadapinya.. dan begitu juga aku yang sering takut dengan bayangan silam untuk terus mengorak langkah untuk mencari haluan cinta.. aisehhh.. Jiwangs lax.. fuhh..

Kala ini aku berfikir, aku masih belum layak untuk menerima cinta, kerana hati dan perasaan yang begitu mudah jatuh cinta.. dan agak mudah di permain dan diperkotak katikkan.. umpama demam bola kini.. Macam abg Zhaf cakap, Kalau diinginkan, Bola itu akan di kejar.. Jika tak di perlukan.. Bola itu akan di tendang, untuk mencapai kepuasan maksimum.. semsetinya tendangan yang paling kencang akan diarahkan pada sebiji bola yang pastinya Redho dan tidak mampu melakukan apa-apa.. Itu yang aku rasa...

Kadang-kadang, terasa diri ini macam budak-budak.. Mau merasa bagaimana manisnya dan enaknya gula-gula, sehingga alpa, ia bakal merosakkan gigi dan mendatangkan musibah.. meskipun ibu atau ayah menasihati dengan pelbagai cara, namun keenakan dan kenikmatan mengunyah gula-gula memadamkan semua nasihat-nasihat itu.. Begitu jua diumpamakan dengan Cinta.. sehingga aku semakin bersetuju.. betapa Cinta itu buta..

Hahahaha.. Malam ini cerita pasal cinta.. adoiii.. Ndak pernah-pernah..

Ada beberapa kejadian menarik yang berlaku dalam kehidupanku hari ini.. yang pertama, aku dah kenalpasti masalah aku sebenarnya.. yang membuatkan aku murung beberapa ketika kebelakangan.. Yang kedua, makcik aku dari LD datang ke Tawau, setelah 6 bulan meninggalkan biliknya di sebelah ni.. Porak peranda seketika rumah ini dengan hiruk pikuk teriakan anak-anaknya.. memang aku rindu situasi itu.. Seterusnya, aku tidak melakukan Solat Jumaat hari ini dek kerana terlalu LEKA mengambil gambar2 kebakaran di Block belakang yang menerima musibah kebakaran.. Kelmarin menerima sms dari ntah siapa tu, yang pasti merubah mood aku.. SMSnya menimbulkan tanda tanya.. dan aku rasa aku boleh teka siapa dia.. Untuk makluman, aku dah bagi nama istimewa untuk beliau.., dan selagi dia ndak kasi tau sapa dirinya.. aku akan IGNORE aja sms itu.. meskipun macam mau tambling2 jak baca smsnya tuh.. Hari ini, setelah sehari, aku OK balik dengan makcikku.. huhayyy.. salah ku sendiri yang terlalu asyik membuat tugasan kerja (Jingle) sampai lupa dengan syarat2 perjanjian yang aku persetujui dengan makcikku... biar aku jak la tau kan.. kalau sempat jumpa, boleh la tanya.. :)

Yang pasti, aku cukup bersyukur, sebab banyak p[erkara yang berlaku membuaka mata dan fikiran aku untuk menginsafi kejadian dan mencoba untuk mengerti apa makna kehidupan yang sebenar.. Mebcoba untuk mengerti, makna di sebalik pengorbanan.. di sebalik CINTA dan di sebalik JANJI yang perlu untuk di tunaikan.. Kesilapan hari ini pastinya menjadi pengajaran untuk tidak diulangi.. meskipun kesilapan mengenai Konflik Cinta dalam hati telah menjadi kesilapan kedua yang aku lalui.. AKu berdoa untuk tidak ada yang ketiga.. dan tidak bermakna, aku menutup pintu hati untuk menerima orang lain..

yang penting aku pasrah, yang penting aku telah berusaha, yang penting aku kini redho.. dan mudah2an, ada rahmat untuk aku di setaip kesilapan.. Tapi, aku ndak boleh tengok mukanya sudah?? macam mana tu arr.. AKu Baccat.. Aku macam mau tambling.. dan Aku BENCI sudah.. huhayy... Sebagai manusia yang sama seperti sang SELINGKUH itu.. aku cuba untuk menerimanya kembali sebagai teman biasa.. tidak lebih dari itu.. My Name Is SAAT :)

No comments: