22 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

HARI INI BUDAK COMEL LAHIR KE DUNIA.. Budak yang lahir itu ndak cukup bulan.. jadi di kasi masuk dalam Incubuter untuk beberapa minggu.. dan menurut cerita orang tua di sekelilingnya yang masa itu masih muda, bapanya yang berulang alik ke Hospital Besar Tawau untuk mengambil pulang Lampin dan Baju yang telah dipakainya selma berada di Hospital.. Budak Comel itu diberi nama oleh atuknya dan dipunyai oleh Aminah Binti Yupe dan Acho Bin Bolle. Berbangsa Bugis Bone dan budak itu dibesarkan dalam suasana kampung di Ladang SUngai Kawa.

Khabarnya, budak itu banyak berhijrah bersama keluarganya.. Maklum sajalah, bapanya seorang Pemandu Lori dan akan bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain untuk membawa muatan atau mengiku arahan bos.. Pernah tinggal di Felda Sahabat, di Brumas, dan kembali semula ke Ladang Sungai Kawa, dan terus membesar menjadi seorang budak kampung yang agak manja dan aktif..

Budak tu, sekarang ni Alhamdulillah, dah besar dah.. dan kini, dah berkerja pun.. Berkat nasihat, usaha dan bantuan dari pelbagai pihak, kini budak itu menjadi seorang yang boleh berbangga dengan keadaan dirinya.. hehehe.. Aku Lah tu yang perasan.. :P

Sedar tak sedar, sudah 25 tahun aku hidup di dunia ini.. Dan setakat ini, aku belum mampu untuk mengurus kehidupanku sendiri dengan Yakin,. dan sebab itu aku masih lagi mengharapkan bantuan daripada keluarga dan kawan2 untuk menasihat atau memberi apa2 saja yang perlu.. AKu terima syak tu.. janji FREE.. kekeke

Ada beberapa perkara yang terjadi, dan membuatkan aku menghargai orang di sekeliling ku.. Abg Zhafrin, si Mai dan si Andi Chyril (kembang2 kunu).. Durang la ni perancang segala aktiviti yang jarang aku lakukan.. meniup lilin dan memotong kek.. setau aku itu kali pertama aku melakukannya dengan bersungguh2 sebab hari jadi aku.. huhayy.. ndak selesa.. tapi macam suka ni.. ehehehe

AKu betul2 terharu dengan kawan2 aku tiga orang ni.. sayang kamoo bha.. aku ndak tau suda apa mau cakap.. banyak betul sudah di tolong.. sampai aku ndak mampu sudah membalas.. mudah2an persahabatan kita ni berpanjangan lah.. dan jika aku melakukan kesalahan satu masa nanti, jangan biar ia berlarutan.. tegurlah aku.. sedarkan aku dari terus melakukan kesilapan.. dan semoga, semuanya bahagia dan mengecapi cita2 dan misi kehidupan masing2.. k. I LOVE YOU GUYS..

Dan, aku terima mesej dari orang yang pernah aku sayang.. Yang pernah menyakitkan hati aku satu ketika dulu.. tetiba rasa rindu bertandang.. dan tiba2 semua memori silam terpapar di kotak fikiran satu persatu.. Orang yang pernah aku sayang.. dan pernah menyakitkan hati ini dengan meletakkan aku sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.. AKu dah lupa pasal dia.. tapi, kenapa dia muncul?? Dan kenapa kemunculannya itu membawa bersama perasaan rindu yang membuak2 di dada?? Adakah itu petanda aku sedang membuka pintu hatiku untuk menerimanya buat kali yang kedua?? emmmm..

Sekilas aku tersenyum melihat mesej yang di hantarnya..Nyata dia ndak pernah lupa dengan tarikh lahirku.. ahhh.... Cairnya aku.. Rasa macam mau berkejar ke lokasinya dan menatap matanya puas2.. adusss.. Rindu itu menyelubungiku..

Yang pasti, usia ini memperlihatkan betapa aku perlu untuk merancang sesuatu.. merancang untuk memiliki kehidupan yang lebih baik, merancang untuk memiliki persekitaran yang lebih baik dan merancang untuk mendapatkan matlamat hidup yang sebelum ini hanya menjadi impian.. Masanya untuk mengatur langkah, masanya untuk merungkai strategi yang telah dicanang sekian lama.. dan masanya untuk merealisasikan segalanya.. hari ini akan menjadi satu kenangan indah buatku.. dan diharapkan ianya akan terus bersemi di lubuk hati yang paling dalam.. Untuk yang kesekian kalinya.. Aku SAYANG Mohd. ZHafrin Bin Nordin, Al-Umar Syarif dan Andi ST 12.. SAYANG SANGAT-SANGAT.. Jangan Pernah Berubah yaaa.. My Name Is SAAT :)

No comments: