01 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Arghhh.. Hari paling membaccatkan dalam tempoh 6 bulan 2010.. Kenapa agaknya yaa.. AKu cuba untuk menjejaki cinta yang telah hilang sejak beberapa bulan.. cuba untuk mencari dimana titik permulaan keretakan dalam hubungan.. cuba untuk menjernihkan keadaan.. dan dia pun katanya mula untuk menyedari kesalahan.. TAPI lain pulak yang aku rasakan..

Dari setiap perkongsian kisah yang dia utarakan sepanjang kami bersama buat seketika, nampaknya semua memberikan jawapan yang negatif dalam jiwa kecilku.. Dan itu membuatkan aku menyesal kerana cuba untuk membuka peluang kedua kepadanya.. Perkara yang aku takutkan bermula.. Kesedihan yang keterlaluan.. Sifat lama ku yang mula aku kikis rasanya mula mengambil tempat dalam senarai tabiat harian ku.. Sedikit hairan, mengapa begitu mudah aku membiarkan sifat itu untuk bertapak kembali sedangkan aku mengambil masa 2 bulan untuk mengikisnya sedikit demi sedikit..

Hari yang aku rasakan penuh dengan corak dan lakaran kebahagiaan punah begitu sahaja.. Benar kata orang, langit yang dikatakan cerah tidak menjanjikan kecerahan sehingga ke petang hari.. dan aku redho serta menganggapnya sebagai sebahagian daripada perkara yang perlu aku pelajari.. perlu aku rasai supaya aku selepas ini akan lebih berhati-hati..

Namun, aku masih disini.. masih merasai betapa pahitnya hempedu cinta.. petapa sakitnya luka lama berdarah kembali dan betapa peritnay melaluinya seorang diri.. dia?? Cuba menenagkan dari jauh.. dengan menghantar nukilan-nukilan romantis menerusi sms yang aku rasa sebagai bahan bakar kepada semnagat kebencianku pada dirinya.. ahh.. Rasa hati ini bodoh kerana membiarkan bayangannya berlegar2 di kotak minda.. membiarkan kenangan lalu menerpa dan bermain seenaknya.. Sehingga aku sedar, ketika itu aku sedang berada di tepi laut, menyaksikan bulan purnama dengan dibuai alunan ombak yang seoloah-olah mengerti kepedihan yang sedang aku lalui.. Tatkala itu juga, ku melihat pasangan dua sejoli sedang bermadu kasih, bersenda tawa.. terlintas di fikiran.. "Bila agaknya aku bakal merasai nikmat itu sekali lagi.."

Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan2.. titis jernih itu mula membasahi untuk kesekian kalinya hari ini.. Malu rasanya bila mengenangkan diri ini seorang lelaki dan menagis kerana cinta yang belum pasti hujungnya.. Masa itu, kaki entah kemana hendak dilangkahkan pergi.. semua terasa berat.. mahu rasanya aku berteriak mengadu kepada sekalian yang ada.. supaya mengerti kedukaan yang sedang aku hadapi.. tapi apa maknanya?? mungkin mereka hanya akan memanggilku si GILA CINTA..

begitu hebat penanagn cinta.. dan begitu mudahnya kita terpedaya.. sejam aku mengabdikan diri di tepi laut yang suram dengan cahaya bulan bertemankan tikus-tikus yang seronok mencari makanan.. Bagaikan tiada masalah cinta.. sejenak aku teringin mendengarkan lagu dendangan ST 12 yang mula aku minati.. OST kepada sebuah soap opera di TV 9.. "Cinta dan Anugerah" mengasyikkan..

Aku dengar dan hayati bait2 lagu itu.. dan untuk kesekiannya aku merasakan Kebahagiaan Dalam Perpisahan.. My Name Is Saat :)

No comments: