04 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Olaaaa.. Demam piala Dunia semakin hampir ke akhirnya.. Pasukan kegemaranku ENGLAND pula tersingkir di peringkat suku akhir pertama.. huhayy.. Semalam Argentina pulak menerima nasib yang sama.. dan aku yakin, ramai yang kecewa.. hahahhaa.. AKU SUKA :)Hari ini aku asyik kutuk Argentina ajer sepanjang aku bekerja.. hehehe..

Untuk hari ini aku mendapat satu lagi pengalaman apabila diberi peluang untuk menjadi pencatat minit mesyuarat dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk kawasan P.191 Kalabakan.. Pengalaman yang cukup menarik. Thankz to Mr. Mohd. Zafrin Nordin. Sempat berkenalan dengan seorang wanita.. namanya MIMI.. Patner pencatat minit aku.. Hebat la PR dia.. aku suka, sebab dia ajak lagi aku p makan di belakang stage.. Makan kuih Karipap.. enakk ooo..

Lepas tu, aku lepak2 manja dengan Abg ZHaf dan si Mai.. di Restoran Senario Sederhana Hill Top. Dalam jam 12 begitu aku gerak pulang ke rumah.. Sampai ja, ku lihat si Ucik, Aziyan dan si Boy duduk di meja makan.. baru ja durang abis makan mee goreng.. Lepas melepaskan penat seketika, aku g cuci kain lah.. sambil tinguk Melodi.. Lepas tu jam 2.30 aku gerak g kerja.. Kain tak abis cuci lagi.. Lepas kerja tu aku lepak lagi ngan abg Tam dan Wifenya di EMpire seketika.. dalam jam 8, aku gerak balik.. Sambung cuci kain..

Dalam jam 9.30 malam aku g esbok (Kg. Titingan) untuk memenuhi jemputan Abg Zhaf dan si Mai serta si ANdi. Sampai sana ku lihat durang sudah makan.. tapi belakon lagi konon belum makan.. nasib baik mata aku tajam.. huhayyy.. Sana jugak ada si Ben dan seorang lagi tu aku ndak tau namanya.. Yang pasti, si Ben ni budak yang aku kenal dari abg Zhaf mempunyai Tarikh Lahir yang sama dengan aku.. Bestnya jumpa orang yang sama Tarikh Lahir.. mungkin tahunnya berbeza kot.. ;)

Malam ni jugak tinguk mentor dan seperti yang di jangka, Idolaku dan Menteenya menerima gelaran Johan Mentor Musim ke-4. Walaupun aku ndak undi.. :P. Becerita pasal undian ni, aku teringat lax ngan henphone aku ni yang di sekat pnggunaannya sebab dah melebihi had penggunaan.. huhayy... Sabar jak laa.. Menunggu lagi tanggal 15.. hehehehe

Cakap pasal henphone jua.. ada kawanku ni mengirim sms, tapi aku ndak balas.. Baccat kunu dia.. uhuhuhuhu.. apa lagi aku patut buat arr?? Kesian jua bha.. aku pun paham juak rasanya bila sms yang di kirim ndak di balas.. tapi apa bulih buat.. Sory ya pwendzz..

Oh, yaa.. Terima kasih mau di ucap untuk si Aziyan dan cowoknya si Nasir dan Kak Lang dan si Pida jugak sebab memberikan 2 ketul ayam dan setapau kentang Putar.. Enak sungguh kalau di belanja.. huhayy..

Sebenarnya, teda yang istimewa pun yang berlaku pada hari ini.. Hari-hariku berjalan seperti biasa.. Diisi dengan mood yang penuh ceria..Gembira sajaa.. Mudah-mudahan kegembiraan ini akan kekal lama.. Pasal budak tu, aku tengah paksa diriku untuk lupakan dia.. untuk defragment balik semua fail pasal dirinya dalam mindaku.. kalau bulih buang, di buang.. tapi aku ndak boleh buang semua la.. sebab dia salah seorang yang pernah menyentuh hati ini dulu.. Aku masih sayang.. cuma mungkin sayang itu telah mengalihkan posisinya sebagai seorang kawan biasa yang menyayangi kawannya yang lain.. Cuba untuk hidup berseorang untuk beberapa ketika.. dan nak tutup seketika pintu cinta.. AKu tidak sudi melihat dia lagi, walau dalam mimpi pun tidak ku ingini.. Nanti hilang mood pulak.. My Name Is Saat :)

No comments: