KENAPA?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hari ni kira hari sendu untuk aku.. Seharian aku hanya menahan hati untuk menangis.. Menahan diri untuk tidak senyum.. Goshh~~ Betol-betol menyeksakan aku.. Sebaik aku berada di hotspot di ohpiz tuh.. Aku mula memikirkan pelbagai perkara.. Persolannya kenapa!! Kenapa perlu aku kisah!!

Sudah beberapa hari aku begini.. Kiranya hari ini merupakan kemuncak kepada setiap yang terjadi pada aku.. Tidak membuang lebih banyak masa.. Aku meninggalkan ohpiz lebih awal.. Meskipun aku sedar kalu time present aku belom cukup.. Ah! Persetan dengan semua itu.. Aku lebih pentingkan hati aku.. Hati aku yang sedang bersama aku.. Yang semakin musnah di mamah benda yang tidak asing..


Aku menyesal membuka page itu.. Aku membaca satu persatu.. Oh! Sampai bila ko mau buat aku begini?? Adakah kau suka melihat aku menangis sedih di sebabkan perlakuan ko itu?? Hurmm.. Tidak.. Ko langsung tidak salah dalam hal ini.. Yeaa.. The one is AKU! Aku yang semakin bodoh menghandle diri.. Aku yang semakin silap mengatur langkah.. Lepas ni, kemana lagi langkah harus ku hayunkan??

Tipu kalau setiap hari aku tidak memikirkan pasal mereka.. Sumpah!! Hampir setiap jam aku memikirkan dia dan kamu.. Dan setiap itu juga aku 'kecele' sendiri.. Hampa sungguh.. Meski aku tau ianya hanya sia-sia, namun aku tidak pernah berhenti.. Melainkan aku tidor.. Bangun pagi?? HP aku sentiasa mengingatkan aku dengan kamu..

Aku tidak sempurna.. Tapi sungguh bodoh ku rasa sebab aku mengharapkan kesempurnaan.. Sebab hakikatnya tiada siapa pun yang sempurna.. Bercakap, berfikir dan bergerak.. Nampak macam biasa saja.. Tapi hakikatnya tragiss.. Kekadang aku mampu untuk sembunyikan semua ini disebalik suaraku yang agak nyaring di ohpiz.. Ketawaku yang mengilai.. Gurauanku yang agak kasar.. Tapi, semua itu aku buat untuk menyembunyikan luka yang semakin dimamah ulat.. Hurmm..

Berkali-kali menangis pun tidak guna.. Inilah namanya ujian.. Tuhan tidak akan memberikan aku ujian ini kalau aku tidak mampu untuk selesaikannya.. Maka dengan ini, aku sekali lagi akan terus berazam untuk melangkah dan menongkah.. Biar pilu ini aku tanggung.. Kenapa?? Sebab aku sayang kamu sangat-sangat!

No comments: