JUN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hillowzz..
1 Jun 2012 aku sambut dengan deraian air mata yang semakin kering di pipi.. Memandang laut yang luas.. Langit hitam.. Sejuk.. Dan sunyi.. Semua pun kelihatan kelam.. Sehingga jam 1 tengah malam aku lepak di tepi laot itu.. Entah aku menunggu apa.. Yang pasti aku merasa sedikit damai di situ.. Mendengar mesej kedamaian dari ombak.. Desiran angin yang membisikkan kata rindu.. Sedikit memberikan ketenangan pada diri yang semakin hilang arah..

1 Jun 2012.. Aku hanya memiliki si Chomel di situ.. Dia teman bicara aku dan dia yang sering membawa aku ke hulu ke hilir sehingga aku puas menjelajah barulah balik ke rumah dan tidor.. Itu antara aktiviti aku kalau bohsan.. Sebelum ni aku sungguh exited untuk mencari kawan.. Ke Library.. Kedai Buku.. Semata-mata untuk mencari kawan.. Namun, semuanya tidak semudah yang aku fikirkan.. Susah bangett.. Dan bila itu terjadi, aku lebih rela duduk sendiri.. Bukan bermaksud aku putus asa.. Tapi, aku rasa selesa begini..


1 Jun 2012.. Sehingga hari ini aku belum pernah mengambil cuti untuk balik ke kampung. Kalau balik pun, semata-mata atas urusan kerja.. Adakah aku begitu commited berkerja?? Sehingga tiada waktu untuk merelaxkan diri?? Tidak lah.. Bagi aku, menyelam sambil minum air itu lebih baik.. Kalau aku balik ke daerah atas urusan kerja, aku akan pastikan aku balik ke kampung berjumpa ibu bapa dan adik-adik aku.. Kalau ada masa lebih, maka bermalam lah aku di kampung.. Kalau tidak, maka sekadar melepas rindu sudah cukup bagi aku.. Tetiba hati sayu mengenangkan saat-saat aku lepak dengan mak aku sambil berkongsi cerita yang berlaku sepanjang aku tiada di sisinya.. Dan mungkin sebab itu aku rasa mau amik cuti pertengahan bulan ini.. Tapi, semacam mau batalkan saja niat tuh.. Sehingga cuti raya pun rasanya aku ndak mau amik.. Huh! Kenapa agaknya??

Bulan Jun! Bulan yang penuh dengan pengharapan bagi aku.. Mengharapkan sesuatu yang lebih molek berlaku pada aku.. Mengharapkan segala kesedihan ini akan beransur pulih.. Juga mengharap agar diri semakin sedar agar mampu meletakkan 'aku' di posisi yang betul dalam semua keadaan dan di semua sudut kehidupan.. Memandang tajam ke arah laut.. Seolah aku boleh melihat ikan yang sedang berenang bebas di dalamnya.. Walaupun hakikatnya, mata aku seolah buta dari semua pandangan yang nyata.. Sadisss!!

All Iz Well.. Sebaris kata yang aku pinjam daripada sebuah filem arahan Aamir Khan bertajuk '3 Idiot'.. Bebaru filem ini ditayangkan semula di tv2.. Dan aku melihat dari mula sehingga penghujung cerita itu.. 10malam hingga 1.30pagi.. Exited sangat.. Seperti biasa, pipi aku tidak kering dari air mata.. Begitulah kisahnya.. Semuanya ada di situ.. Mixed well!!  Setiap kali aku melihat cerita ini, aku menggambarkan 3 orang itu sebagai aku, dia dan kamu.. Sesuatu yang pernah aku cita-citakan untuk menjadi kawan yang paling best di dunia.. Tapi, hakikatnya kenyataan itu tidak mampu di realisasikan kini.. Banyak sungguh kecacatannya.. Dan aku adalah penyumbang utama pada kecacatan itu.. Terdetik di minda, indahnya dunia persahabatan itu kalau benar ia boleh berlaku.. Dan sesungguhnya akulah orang yang paling gembira ketika itu.. All Iz Well..

Banyak sungguh perkara yang berlaku.. Dan semua itu semakin mendewasakan aku.. Ya! Kedewasaan dalam kekeliruan.. Setiap kali aku cuba untuk membuka tali kekusutan yang semakin complicated, setiap itu juga aku mengikat diri sendiri sehingga aku sedar, aku semakin mati dalam dakapan satu kata.. Ermmm.. Hakikat sebuah kehidupan...

No comments: