RASA ITU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmmm..
Baru ja sampai rumah ni.. Lepas mandi mata rasa segar sket.. Masa drive balik tadi rasa macam mau tidor ja dalam keta.. Huhuhuhu.. Entah apa yang aku penatkan seharian ni pun aku ndak tau.. Hurmmm.. Tapi yang pasti, sekarang ni, nota kesedihan kian menyelubungi hati yang sudah terdona dengan pelbagai kisah.. 

Mood aku tidak berapa nak elok hari ni.. Senang saja nak sedih.. Bermula dengan kisah petang tadik.. Yea.. Semuanya mula dari situ.. Mood sendu aku terus menakluk sehinggalah ke saat ini.. Mau senyum pun susah.. Ntah! Senyum tak penting pun.. Mau senyum dengan siapa??


Hari ni aku rasa laen macam. Siyes laen macam.. Semuanya berkecamuk.. Rindu pun iya.. Sedih pun iya.. Gembira pun iya.. Benci pun iya.. Kesal pun iya.. Tapi yang pasti, gabungan semua rasa ini membentuk satu gelombang sedih yang amat sangat.. Air mata berderai tengahari tadik depan laot.. Hurmm.. Tadik sempat melawat ke 'daerah' permulaan aku mendengar suara dia.. Kali pertama aku bergayut dan jatuh cinta dengan suara dia.. Disitulah.. Mengenang segalanya.. Masa telah merampas semuanya..

Baru tadi aku menghabiskan masa hampir 3 jam duduk lepak tepi laot yang laen pula.. Bergunung kesedihan aku lampiaskan disitu.. Tiada siapa yang tahu.. Tiada siapa yang mampu melihat.. Bahkan, tiada siapa yang ambil peduli pown.. Kerana semua sibuk dengan masalah sendiri..

Rasa cemburu yang amat sangat dengan mereka yang di sayang.. Kenapa aku tidak memiliki rasa sebegitu? Aku pun mau juga bah.. Serius!! Rasa itu aku mahu sangat.. Setelah 6 bulan aku begini.. Dan baru hari ini aku mendambakan semua rasa itu.. Bukan!! Aku tegaskan, BUKAN cinta yang aku mau.. Aku cuma mau rasa kasih sayang itu kembali.. :((


No comments: