AKU KAH?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm.. 
Petang yang tetiba merubah mood aku kepada situasi yang agak sendu.. Ntah ar.. Kekadang aku terpaksa mengakui sesuatu yang bukan salah aku demi untuk tidak memanjangkan sesuatu situasi.. Aku malas nak tunjuk salah siapa.. Biarlah aku yang di persalahkan.. Sebab bagi aku, keadaan itu akan jadi lebih mudah.. Cuma, mungkin aku sendiri yang akan menerima kesannya...

Semalam masa duty aku mencari beberapa maklumat dari Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa.. Lepas tuh aku kasi confirm dengan seorang senior dari department aku jugak.. Yalah.. Aku pun takut untuk buat salah.. Maka, bila aku yakin dengan maklumat yang aku ada.. Maka aku kongsi dalam segmen 'Diari Sana Sini' bersama rakan setugas dari Tawau dan Sandakan.. On-Air bersama untuk tempoh 10 minit sahaja.. Ndak sangka, disitu bermula segalanya..


Hari ini bos aku panggil mengadap.. Mengatakan dia menerima teguran dari beberapa pihak yang mengatakan info yang aku kongsi sedikit tersasar dari maklumat asal.. Salah sebot nama dan salah sebut jawatan.. Goshh!! Pucat muka aku sekejap.. Betulkah aku buat salah?? Hurmm.. Tapi ayat bos aku 'mustahil diorang salah.. Mungkin kamu yang salah dengar dan salah tulis.. Terus kamu salah cakap..' Hurmm.. Bos, saya belum pekak lagi.. Mustahil lah kan.. Tapi, Hurmm.. Ok.. Saya salah.. Maaf! Saya akan cuba perbaiki kelemahan itu..

Rasa mau jatuh ja air mata mengakui sesuatu yang bukan berpunca dari aku.. Ini yang buat aku trauma ni.. Huhuhu.. Rasa takut aku tercetus daripada sesuatu yang bermula dengan ini.. Perlukah aku membela diri?? Rasanya perlu.. Cuma aku malas mau memanjangkan isu.. So, just admit and learn something from that.. Puzzle kehidupan ini memang menyeramkan.. :((

No comments: