KiSAH SEMALAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepp Fellaz!!
Hope semua pun sihat hari ni.. Dan seperti hari sebelumnya, aku masih lagi di baayngi dengan kisah semalam.. Semakin akur meyakinkan diri bahawa kebahagiaan itu bukanlah hak milik.. Ianya hanya kehendak.. Dan kelayak seseorang boleh diberikan atau di tarik balik oleh Tuhan yang maha kuasa tanpa memilih masa, hari dan ketika.. 

Hari ini, aku datang sedikit lewat ke ohpiz.. Hampir jam 10 baru sampai ohpiz.. Membawa kuih kampung yang sempat aku siapkan semalam beserta sambal belacan yang aku siapkan awal pagi.. Semalam susah benar mata ini mau terlelap.. Aku juga tidak betah duduk di rumah.. Selepas mengupdate entry, aku melangkah keluar rumah meninggalkan seketika tilam dan mantal meluxx aku yang acap kali aku rindu ketika berada jauh..


Membawa diri ke pasar malam.. Merewang sensorang melayan hayunan langkah kaki.. Aku sendiri ndak tau apa yang aku fikir.. Apabila aku melalui bahagian pasar sayur, terlihat akan aku lada yang pedas.. Kalau sesiapa yang pernah tergigit lada, maka selayaknya dia bercerita mengenai sesuatu pengalaman memakan lada yang pedas.. Teringat ngan kengkawan dekat ohpiz yang suka makan sambal.. Aku beli bahan-bahan yang perlu walaupun sebenarnya bukan itu tujuan aku keluar rumah.. hari semakin lewat.. Jam 10.23 HP aku berdering.. Penerbit aku call.. Katanya esok ada rakaman.. Aku iyakan saja.. namun, terfikir lagi, apakah baju yang bakal aku pakai?? huh! Baju...

Jam 10.32, aku hantar sms kepada dia.. Mengucapkan selamat malam.. Hurmm.. Maafkan aku! :((

Berjalan dari hujung ke hujung.. Dari rombengan ke bahagian aksesori, bahagian pasar basah dan buah.. Seketika aku melihat pisang yang sudah buruk.. Teringat dengan resepi yang pernah nenek aku ajar.. 'Berongkoh' dan bahan utamanya adalah pisang.. Ku tanya pakcik yang jual pisang tuh harga setompok.. Seringgit! Hurmm.. Pisang yang dulunya muda, mengkal dan masak.. Kini semakin buruk.. harganya juga semakin murah.. Begitulah diumpamakan dengan kehidupan.. Padahal, kalau di kampung aku, pisang yang di urung dengan lalat pun masih boleh di salai di bawah pancaran matahari sehingga kehitaman dan di goreng.. Sedap!!

Aku membeli 3 tompok = RM 3.. Gula, Santan kelapa, dan Daun Pisang.. Lepas tuh, aku terus menuju ke arah si Chomel.. Dalam kereta melihat jam.. Baru jam 11.14 malam.. Mau balik kah aku?? Dari jauh terlihat kelibat 7E.. Ok! Singgah beli Nescafe Latte dan lepak tepi laot jap.. Sejuk sajaa rasanya.. hurmm.. Ku lempar pandangan jauh ke tengah laut.. Keadaan lengang seketika.. Mungkin kerana cuaca yang agak lembap malam itu.. 

Jam 11.45 baru bergerak pulang.. Sampai umah terus lepak atas tilam.. Ingat mau tidor.. namun mata masih sangat segar.. Tetiba terfikir dengan pisang yang aku beli tadik.. Jom Masak!! Sungguh aku menikmati keheningan malam di dapur ketika itu.. Berlagak seolah akulah chef yang paling ulung.. Seolah sedang beraksi di hadapan kamera Masterchef Malaysia.. Perghhhh!!~~ Kegilaan aku terus berlangsung sehingga jam 1.30 malam.. Lepas kemas semua.. Baru aku masuk dan terus melayan perasaan dalam kegelapan.. Gelap sangat.. Dan akhirnya.. Sunyi..

Awal pagi HP CSL aku sudah berteriak.. Arghh~~ Kena jugak bangon sebab mau masak sambal lagik.. Walaupun longlai.. Sesambil tunggu resepi masak, aku fogging awal pagi di patio.. Melihat ibu bapa menghantar anak ke sekolah.. Bestnyaaa!! Aku? Sekali ja seumur idop Mak aku hantar ke sekolah.. Tu pu tyme darjah 1.. Lepas tuh.. Aku sudah berdikari.. Hurmm..

Alhamdulillah, sambal diterima baik.. Kuih kampung tu pun sama.. Thankz to Nenek.. Ndak sangka, petua yang dia kasi masa aku darjah 6 masih aku ingat sehingga hari ini.. Perfectoo!!

Dan sekarang ni, aku masih lagi berada di ohpiz.. Kena tunggu sampai jam 10 malam.. Mau baca news lagik.. Plus, bisuk kerja awal pagi lagik.. Hoh!! Jadual sungguh padat lately.. Namun, aku masih belum bisa melupakan cerita semalam.. Dia sering datang.. Acap kali... Sangat Acap Kali.. Hurmmm.. Mengeluh teruss.. :((

No comments: