PERCUBAAN KETIGA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Aku baru sampai rumah.. Dekat luar sedang hujan rerintik.. Baru balik dari tepi laot menyaksikan lampu-lampu kapal dari jauh.. Aku belom mau balik.. Sebab belum puas merintih dengan alam.. Namun, keadaan cucaca malam yang tidak mengizinkan, maka aku putuskan untuk pulang lebih awal.. 

Kehidupan tidak selalu menjanjikan keseronokan. Sudah setengah tahun aku tidak merasakan keseronokan yang penah aku kecapi sebelum ini.. Hidup ibarat roda bah kan.. Dan sekarang, roda kehidupan aku sedang melalui becak dan jalan yang tidak rata.. Entah sampai bila roda kayu ini dapat bertahan.. Aku mengharapkan agar aku kuat.. Tapi, kalau begini teruss.. Bayangan bahagia yang aku impikan mungkin tidak akan kelihatan langsung..


Aku langsung tidak tahu apa yang aku lakukan hari ini.. Kerja pun tidak aku buat.. Maksudnya aku sangat free hari ini.. Tapi, otak aku terus berkerja memikirkan pelbahagi perkara yang jawapannya semakin kabur.. Aku tidak melihat jalan penyelesaian.. Buta seketika.. Aku hanya mampu merenung masa depan dengan pandangan yang kosong..

Kenyataan hari ini, aku sungguh tiada mood untuk melakukan apa-apa.. Sehingga makan pun rasanya tidak berdaya.. Kenyataan hari esok aku lihat masih sama dengan hari ini.. Dan mungkin kenyataan hari ini akan berlangsung setara sehingga beberapa minggu bahkan mungkin memakan masa sehingga penghujung tahun 2012 ini yang aku simpulkan sebagai tahun sendu aku..

Waktu sekarang adalah 11.14 minit malam.. AKu diterjah dengan soalan mengenai perubahan.. Aku langsung tidak berubah.. Hurmm.. Sebelum ni aku dikatakan jauh berubah.. Tidak seperti dulu.. Apakah maksud semua kenyataan ini? Adakah perkara ini kedengaran ringkas dan aku sengaja membuatkannya rumit? Atau adakah kenyataan ini juga kelihatan rumit di mata kamurang sekelian? Jawapan aku.. Entah! Aku ndak tau.. Aku blurr.. Rasanya mau saja aku melangkah ke tempat itu malam ini.. Namun, memikirkan hari esok.. Aku tangguhkan niat itu.. Hari Sabtu.. Yea.. Malam itu nanti akan ku realisasikan hajat ini...

Kalau betul disana nanti boleh menenagkan aku.. Maka aku akan selalu ke sana nanti.. Walaupun sekarang ini aku sedang memikirkan suasananya dengan muzik yang bingit, orang yang padat, bau hapak asap rokok dan sebagainya.. Bak kata dia, tidak salah mencuba daripada mencetuskan pelbagai alasan.. Sebelum ni pernah jugak aku try.. Sehingga aku hampir dirosakkan oleh seseorang yang aku langsung tidak kenal.. Percubaan seterusnya.. Dan masa itu aku disedarkan oleh beberapa orang yang aku juga tidak kenal.. Terima kasih.. Dan seketika aku menerbitkan pegangan baharu.. Bukan semua orang yang masuk ke tempat itu berniat tidak baik..

Semua benda ini memenuhi ruang kepala aku.. Kali ini aku rasa mau memulakan kembali.. Tapi kali ni aku kena lebih berhati-hati lah.. Tempat macam tuh kena pandai jaga diri bah kan.. Kalu endak, sure hanyut dengan alunan muzik.. Urghh~~ AKu tau tindakan ni salah.. Tapi, aku rasa, aku mau cuba untuk kali ketiga dalam hidop aku.. Hurmm..

Aduh!! Aku sudah start pening.. Mungkin sebab terkena air hujan tadik.. Berdenyut kepala oh.. Mungkin juga kesan minom coke dengan ubat itu.. Toing!! Hurmm.. Nak lepak jap depan tv sambil fogging.. Sunyi sungguh!!

No comments: