TENTANG 'PiLIHAN'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyeeppz Fellaz!
Kamurang selalu dengar kah frasa ni 'Hidup adalah tentang membuat pilihan'.. Hurmm.. Bangon ja dari tidor petang tadik, aku tetiba terfikir akan frasa ini.. Masa lepak-lepak atas tilam dua lapis aku tuh.. Tetiba aku terfikir akan kata 'pilihan'.. Yea.. Membuat pilihan.. Itupun, kalau penawaran melebihi permintaan lol.. Konsep yang masih aku ingat dalam mata pelajaran ekonomi / perdagangan masa aku form 4-5 dan lower-upper six..

Pilihan.. Hurmm.. Hidup memang menuntut kita untuk membuat pilihan.. Istilah 'Tiada pilihan' juga merupakan satu pilihan yang perlu untuk kita pertimbangkan.. Pilihan untuk merasai nikmat gembira dan sedey.. Semua terletak pada diri.. Mau atau tidak juga merupakan satu pilihan.. Puas berdebat dengan diri sendiri.. 


Kekadang, Tuhan melatakkan kita di satu keadaan sehingga kita keliru untuk membuat keputusan.. Dan ada ketikanya kita hanya melihat jalan buntu yang sedang mendepani.. Aku ada terbaca artikel.. Menurut artikel tersebut, jika masalah itu membawa kita dekat pada yang Maha Esa, maka, itu adalah suatu yang disebut sebagai ujian.. Namun jika masalah tersebut membawa kita semakin jauh, maka itu adalah hukuman.. Hurmm.. Bingung jugak aku.. Yang pasti, semua rahsia itu hanya bisa di lihat dengan mata hati insan yang suka berfikir...

Semalam juga aku melihat satu paparan video di YouTube mengenai keajaiban seorang Imam Muda yang koma.. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia membaca ayat suci Al-Quran.. Bait-bait ayat itu membawa maksud akan manusia yang munafik.. Dia tahu tapi dia tidak melakukannya.. Maka meremang bulu roma seketika melihat kebesaran Allah.. 

Suatu masalah yang datang terkadang membuatkan kita 'buta' untuk melihat jalan keluar.. Pilihan yang ada hanyalah 'rempuh'.. Maksudnya, lalui saja masalah tersebut.. Tapi, adakah kita pernah sedar.. Sebenarnya di dalam kita 'merempuh' ranjau itu, terdapat dua pilihan di dalamnya.. Iaitu.. Redho dan Berserah atau sebaliknya..

Aku sering mengeluh dalam mendepani masalah.. Bukan bermaksud aku tidak redho.. Jauh sekali aku lemah menghadapinya.. Tidak! Cuma aku takut aku tidak kuat.. Aku sudah tiada pilihan untuk melaluinya sendiri.. Yea.. Aku sendiri.. :((

No comments: