SAKIT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sudah agak lama aku tidak melakarkan cerita aku di sini.. Alhamdulillah.. hari ni di beri peluang dan kesempatan untuk mencatatkan lagi catatan yang berlangsung dalam kehidupan aku.. Kalau dulu, aku selalu saja mengupdate entry dalam blog ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak mengelamun.. Membuang masa dan sebagainya, aku semakin jarang menjengahkan leher ke blog ini. Tapi keadaan itu bukan bermaksud aku lupa akan blog yang tersayang ini. tempat untuk aku meluah segala yang terbuku di dalam hati..

Entry kali ini bercerita mengenai kesakitan. Yupz.. Aku dah masuk 3 hari di serang sakit perut. Entah apa yang aku makan sampai macam ni sekali. Mungkin kerana susu yang aku minum atau makanan yang aku makan. Hurmm.. Tapi kali ini aku mau kongsikan beberapa kesakitan yang aku alami.


1) SAKIT PERUT
Ku rasakan beberapa hari lepas aku di serang sakit perut. Bila bercakap mengenai sakit perut, automatik aku akan teringan ngan kes aku dengan si X. Sakit perut harus cari pucuk jambu.. hahaha!! Dan di bandar ini, di mana aku nak cari pokok jambu? Buah jambu pun susah nak nampak.. Huhuhu.. Ni pun baru keluar dari tandas..

2) SAKIT HATI DI TIPU
Ada dua kes penipuan yang sedang berlaku pada aku. yang pertama di lakukan oleh si Enn. pengacara bersama Sioknya Bayu. Ntah apa motif dia mau menipu team produksi Sioknya Bayu. Tapi kami buat derk jew.. Tapi entah kenapa dia laporkan kes ni dengan Bos Narry.. So, kiranya dia sendiri mau kes ini di besarkan.. Sorry to say, kami harus berkata benar..

Kes kedua pulak dilakukan oleh kazen si X. Akud ah anggap dia kawan baek aku. Yupz! Betul.. Bila aku ngan si  dah tak macam dulu.. Automatik juga hubungan aku dengan si Kazen ni renggang.. Actually dia dah banyak tipu aku. Dan aku semakin meragui dia. Tapi, sebagai kawan, aku bersangka positif saja. Mungkin dia ada sebab melakukan hal ini dengan aku. Dan aku juga selalu menjenguk dia menerusi FB dan blog dia tuh.. Hurmm.. Actually aku kalau boleh ndak mau sudah berhubung dengan dia. Sebab bila bersama dia, aku ndak boleh halang diri aku untuk merindui si X.. Hurmm.. Gila kan?

3) SAKIT DI KHIANATI
Ok! Kes ni agak berat.. Aku bukanlah seorang yang terlalu baik. Tapi, aku masih bisa membezakan antara yang bai dan yang buruk. Sebagai seorang manusia, kehidupan ni ada pelbagai dugaan. Dan aku ndak bleh menolah untuk tidak menghadapi masalah. Kawan aku.. Si Ijan bawa GF dia datang bermalam di rumah. Bukan sekali atau dua kali.. Tapi, dah berkali-kali.. Aku ndak tau mo cakap macam mana. Sebab dia kawan aku.. Tapi, dia harus ingat, ini adalah rumah yang telah diberi tanggungjawab keatas aku oleh pakcik aku untuk aku jaga.. Hurmm.. kes ni aku kasitau dengan Kak Mas dan si Hani.. Dan sesungguhnya aku sudah hilang respect dengan perempuan yang ku rasa sangat murah seperti GF si Ijan tuh.. Puikk!!

So.. Itulah antara cerita aku pasal sakit. Kalau di simpan sendiri lagi terasa sakit. So, ada hal yang aku kongsi.. Dan ada juga yang aku simpan sendiri.. Ntah la.. Si Naz Ba pun nampaknya semakin jauh.. Ntah siapa yang menjauhkan diri.. AKu ndak mengharapkan apa-apa dengan dia pun. Sebab dia kawan baek aku juga.. MYTH.. My teman Hati. Dan sekarang dia tengah menanti kelahiran bayi pertama dia.. Hope semuanya akan baik-baik saja..

Aku datang lambat pi kerja hari ini. Bukan sengaja, tapi kerana tidor telampau sedap!! Arghh~~

Until next tyme.. Keep all ur read as secretz!! My Name Is SAAT!

No comments: