GING BUBUT KE SK BABAGON TOKI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sejak berada di tempat baharu ini, aku semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti luar. Kalau yang selalu bace entry aku tuh, mesti tahu pasal Ging Bubut kan?? Hihihihi... Kawan aku seorang wartawan di Utusan Borneo hari ini menghantar pesanan ringkas kepada aku. Katanya muka aku paling banyak di akhbar beliau hari ini. OMG!! Apa maksud dia?? Adakah aku semakin popular daripada dia?? kah Kah Kah.. Besalah.. Kawan2 aku semua lazer.. Dan jarang rasanya aku menemui seorang rakan karib yang baik dan pendiam. Pendiam bila musim 'banjir' ja.. Eheee..

Rentetan daripada sms kawan aku tuh, aku membuat pengumuman ringkas di pejabat. Tanya sapa ada melihat kelibat paper hari ini. Semua mulut berkata "konti".. Walaupun tidak serentak.. Aku, terus berlari mendapatkan akhbar yang dimaksudkan. Dalam konti, petugas seperti biasa ku sapa dengan senyuman. Ahh.. Tak sangka senyuman ku di balas dengan arahan membuat jingle. Miow~~~ Kekucingan lah aku mengiyakan saja meskipun kini aku memang sangat tiada mood untuk menghasilkan jingle. Iyalah, jingle tu kalau mau di buat ndak bulih suka hati. Dia mesti di buat ketika kita ada feel. Baru kesan dia mantopzz dan meletupzz.. Ngeee..

Aku malas mau menatap mukanya lelama.. Aku iyakan semua permintaannya sambil tangan sibuk mencari muka surat yang memaparkan cerita kami. Ya!!! Ini dia!! Teriak hatiku.. "Begini jak lah puan, sila VO terlebih dahulu, lepas tu pass ja dengan saya. Nanti saya buat" kataku sambil melangkah keluar. Sebelum membuka pintu, "Selamat bertugas".. Dan aku pun berlalu.. Dalam hati, aku raser nak share ngan semua pembaca blog aku.. Ngee.. Bah.. Inilah yang aku maksudkan tuh..



Pemandangan di sekolah ini sangat cantik. Kedudukan betul2 di atas bukit memberikan satu pemandangan yang tidak terbatas. Dapat dilihat dengan jelas empangan yang menjadi sumber air kepada seluruh masyarakat di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. Panorama yang sungguh menarik. Ehee.. Dan pagi itu juga, si Kazen menghantar sms yang membahagiakan aku. Dan tak sangka.. sms "Makan Nasik lor.." adalah sms aku yang terakhir untuknya.. Owh.. Sedih la pulak.. Ehee..

Hurmm.. Boleh teka tak?? Mana satu aku di dalam tuh?? My Name Is SAAT :)

No comments: