MEMUJUK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Urghh~~
Ibu jari lom sembuh lagik setelah terhiris semalam.. Hari ini kaki lax terseliuh.. Gosh!! Cubaan yang cukup memberikan pengajaran.. Hari ini aku belajar untuk melupakan segala yang terjadi pada aku.. Baru mau belajar.. Selama ini aku terlalu melayan perasaan.. Aku biar ja sedih itu bertapak dan merebak sehingga sedikit demi sedikit 'hati' ini lenyap..

Dan sekarang aku membuka langkah baru.. Walaupun kenyataannya kesedihan itu akan terus ada. Aku percaya, aku boleh.. Kerana masa semakin membuktikan kekuasaannya.. Walau bagaimanapun jua, persoalan itu masih belum terjawab.. Namun yang masih kekal pasti, janji aku masih kukuh terpatri..


Masalah aku adalah terlalu mudah percaya dan terlalu mudah tertarik dengan kata cinta.. Cepat betul layu dan terkulai dengan kehebatan dunia cinta.. Aku ndak nafikan ianya seronok dan membahagiakan.. Umpama tidur tak lena.. Mandi tak basah.. Tapi bila dah terkena sawan kecewa.. Ianya lagi teruk dan sengsara.. Sekelip mata kebahagian yang pernah ku rasa bertukar menjadi senjata yang tajam menghiris hati menjadi lebih parah..

Tuhan mempunya perancangan yang lebih baik pastinya.. Aku sebagai manusia hanya melalui dan bertindak seadanya.. Dan kebenaran semakin terserlah kalau aku belum layak hidup dalam dunia cinta.. 

Cermin itu menjadi saksi bisu untuk semuanya.. Blog ini penyimpan rahsia yang banyak mengenai kisah aku.. Yang bercita-cita untuk terus melakar pengalaman dan laluan hidup di dalam blog kesayangan ini.. Satu hari nanti.. Otak aku akan kurang mengingat.. Dan waktu itu, hanya blog ini yang akan bercerita mengenai masa lalu aku..

Bersabarlah dalam bersabar.. Hanya kata ini yang menjadi peneman hidup aku ketika ini.. Dan air mata itu akan terus membasahi pipi, tatkala rindu bertandang ke lubuk hati.. Terima kasih Tuhan.. Kerana mengajar aku untuk tidak terlalu percaya dan tidak terlalu sayang.. Paling penting.. Jangan terlalu berharap.. Khususnya pada hati yang sudah tidak sudi.. Berjalanlah.. Dan bersedialah untuk berlari jauh..

>> Demi Kasih Sayang..


No comments: