DUNIA BARU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari ini dah masuk 1 Jun 2010.. dan hari ini juga mrupakan hari yang pertama aku membuat Blog yang betul-betul punya.. tak mo main2 sudah.. Blog ini merupakan Blog yang kesekian kalinya untuk aku, tapi macam tak pernah plak bertahan lama.. jap lagi tanggal 22 Jun dah masuk 25 Tahun. Jadi, misti serius punya bikin Blog..

Untuk post yang pertama ini biar saya perkenalkan siapa diri saya.. Misti ada yang nak kenal kan? hehehe..

Nama aku Asahad Bin Acho.. Ramai panggil aku Saat.. Sebenarnya aku ni ada banyak nama.. di kampung lain, di rumah lain, di tempat kerja lain.. Daripada ASAHAD jadilah ASA-SAHA-AD-SAAT-CHAT-ACA-AS- apa lagik?? huhuhu.. memang banyak lah tu.. tapi yang pasti, walau banyak nama pun saya ada.. watak dan perwatakan masih tetap sama..

Seorang yang Lawak.. orang cakap la.. tapi kadang2 Emosi lebih.. ini saya cakap.. Berperwatakan lembut sikit.. tapi "Berazam" mau jadik keras jua bha.. seorang yang cerewet dan sungguh kreatif.. Banyak bakat terpendam.. memang banyak mulut.. suka becakap.. kadang-kadang, sendiri pun boleh becakap jua.. tapi TIDAK dalam tidur wokey.. hehehe..

Aku anak pertama daripada 9 orang adik beradik.. semua kerja aku boleh buat.. kerja pompuan laa.. hahaha.. kerja lelaki pun boleh jua.. yang penting DI AJAR.. Menjadi seorang anak Sulung memang memenatkan dan memberi peluang kepada aku untuk belajar banyak perkara.. daripada hal mengurus rumah sampailah mengurus adik-adik semua dah saya expert.. insya-Allah.. boleh bha kalau mau test kan? hehehe..

Aku bukan seorang yang lahir dari keluarga yang senang, yang berada.. lahir dalam kalangan keluarga yang cukup-cukup makan syak.. Tapi, Alhamdulillah, semua itu tidak menghalang kedua ibu bapa saya untuk mendidik saya menjadi seorang anak yang ingin berusaha meningkatkan taraf kehidupan keluarga.. Semua orang pun memang begitu.. Masing-masing ingin memperbaiki kehidupan masing-masing.. Aku percaya kepada USAHA dan DOA.. Kalau nakkan sesuatu, mesti berUSAHA.. yang pipih takkan datang terbang, yang bulat takkan datang begolek kalau kita tak tolak.. hehehe..

Menerima pendidikan awal di SK Bukit Quoin Tawau, dan terus menyambung pendidikan ke peringkat menengah di SMK Balung Tawau dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan ALhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan bantuan PTPTN.. dapatlah saya Grade pada tahun 2008 dan mendapat Kepujian Kelas II Atas Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Kewartawanan dan Penyiaran)

Sekarang ni (Setakan JUN 2010) dah masuk 1 Tahun 6 Bulan berkhidmat sebagai Penyampai Radio di RTM sebagai pegawai Piecemil (Berjawatan Kontrak).. Memang cita-cita mo jadi Penyampai Radio dan Stesen Idaman adalah Hot Fm.. hehehe.. mudah2an lah kan kalau ada rezeki.. janji, YAKIN..

Dalam dunia ni memang banyak cabaran dan dugaan.. Tak kira dalam apa jua situasi, Persahabatan, Kekeluargaan, Konflik dalaman, Pekerjaan, dan sebagainya.. Yang pasti, KALAU ADA MASA, aku akan luahkan semua dalam Blog ini.. Kerana ini adalah medan untuk aku luahkan apa jua benda yang aku rasa macam boleh aku kongsi dengan anda.. itupun KALAU ADA MASA laa..

Selain daripada Blog ini, saya juga ada akaun lama sosial seperti Facebook, Tagged, My Space (kureng aktif sket) dan Friendster.. boleh la share something kalau berminat.. Apapun, sesiapa sahaja di DUNIA ini amat sukar untuk memuaskan hati sendiri.. Apa lagi hati orang lain.. Kalau rasa tak boleh puaskan hati orang lain, cukuplajh di jaga dengan baik.. tapi jangan terlalu RAPI pulak jagaannya.. nanti menimbulkan ketiadakselesaan yang keterlaluan plak.. hehehe..

Rasanya cukup sebagai permulaan.. Cerita lebih-lebih plak nanti terbongkar plak Dunia Sisi gelapku kan? Hahaha.. Akhir kata buat masa ini.. Aku budak baru.. sila tunjuk dengan SOPAN jika ada yang ndak betul okiess.. My Name Is Saat :)