DIA TAKUT LIPAS!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hahaha.. Hihihihi.. Huhuhuhu.. Maaf lah.. Aku rasa sungguh lucu ketika itu. Aku adalah orang yang tidak takut kepada LIPAS!! Tadi dia sungguh takut dengan lipas.. Especially yang terbang.. Alalala.. So cute.. Takper, biar aku musnahkan semua lipas2 itu.. Haiyarkk!! Hahaha

Korang kompem kenal dengan binatang yang namanya lipas kan.. Yang pasti ada banyak jenis lipas. Lipas Tanah pun ada gak. Hari ni aku nak share ngan korang pasal Lipas Rumah.. Yang selalu stay di almari pakaian, bawah katil, siling, toilet dan dimerata lagi lah bahagian rumah. So hati2 laa wahai si fobia Lipas.. Si lipas sedang memerhatimu.. Wink~~ Wink~~

Tak dapat bayangkan kalu "dia" dikejar lipas. Confirm minta tolong ngan DOREMON ni kan?? :P

Ini ada fakta mengenai lipas. So harap2 boleh mengurangkan ketakutan anda :P


  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. fulamakk..
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.. Uuuhuiii..
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup. Tetiber nak jadi lipas!!
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih. 
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50 gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. Tak relaa..
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.. Hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya. 
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.. Bingung tiba-tiba..
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya. Wakakaka
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat. Lajunya!!
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. Kalaulah kita boleh kan best :P
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung. Apa fungsi idong itu??
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.. Amik ko lutut.. Hihihi
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam. Berlari?? Hahahaha
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya relaxx tanpa buat apa-apa.. Bahagianya!!
Hahahaha.. Lucu kan?? Boleh mengurangkan stress jugak sebenarnya. Yang pasti, kepada anda yang fobia dengan Lipas ni, masih ada cara penyelesaian yang mujarab untuk anda bagi mengelakkan diserang lipas. Bagaimana?? Owh.. Senang ja.. Sering-sering lah membawa Shieldtox berbanding perfume anda.. Senang nak sembor bila berlaku kecemasan.. Hahahaa.. My Name Is SAAT :)

No comments: