MAAF DARI HATI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Peweetttt!! Hihihi.. Apa khabar agaknya hari ini?? Mudah2an u olz sihat lah ya.. Eh, aku ada 'silent reader' ker?? Macam blog kawan aku tuh.. Ade 'silent reader'. Takper lol.. Lagipun, memang sah2 aku nak share ngan sumer orang apa yang berlaku dalam idop aku hari ini dan semalam.. Hihihi.. Anyway, thankz a lot!!

Kelmarin, hari yang cukup mencabar bagi aku.. Seharian suntuk sibuk dengan pelbagai urusan. Kelmarin juga aku dapat tahu kalau aku ditawarkan untuk menghadiri kursus di Kuala Lumpur.. Pertengahan bulan Jun. Banyak benda yang bermain di minda ku.. Opis aku agak lengang, kerana kebanyakan staf sibuk dengan urusan 'Bank'. Maklumlah kan.. Gaji tyme. Aku, seperti yang telah ku beritahu, hanya ada satu perancangan.. Bayar Hutang! So, kene list sumer hutang dan tanggungan...

Kelmarin juga, merupakan antara hari yang sukar untuk aku lalui. Aku terpaksa memutuskan hubungan kawan dengan seorang yang baru aku kenal tidak lebih seminggu. Dari pengamatan awal, dia sangat baik dan mengambil berat. Tapi, kazen suh aku putuskan hubungan dengan dia. Ntah mengapa.. Tapi, aku yakin ada kebaikan atas arahan mereka ni. Kerana mereka lebih mengenali si 'X' itu.. So, aku mengambil keputusan mengiyakan sahaja. No. Tel, Koleksi SMS, dan FB.. Semua aku buang jauh2.. Jahat kan aku?? Uhuhuhu.. Kalau ko sedang membaca entry ini, aku minta maaf sebab tak dapat jadi kawan ko. Anyway, gud luck untuk kehidupan ko dan berbahagialah bersama tunagan ko.. Dan terima kasih jugak kerana memahami.. Sentiasa doakan ko bahagia :)

Selepas beberapa lama, HP ku berbunyi.. Ada riak senyum di wajahku.. Mesti ada sesuatu perkhabaran yang menggembirakan. Sayup ku dengar suara itu.. Namun jelas.. "Kenapa u buruk2kan i babe?? APe salah I?" Aku terkesima seketika.. Jantung ku berdengup kencang.. Aku membetulkan posisi dudukku daripada keadaan yang agak santai dan relax ke keadaan yang tegak dan mencuba untuk fokus.. Aku cuba membalas tapi tergagap2..Takut.. "Apa ni ********??" Aku mengulangi soalan yang sama berkali2 kerana aku betul2 tak faham. Dan kata yang paling menusuk dada aku "U jangan anggap I ni kawan u lagik.. Damnn" Tutt.. Tutt.. Tutt.. Talian telefon terputus..

Aku tak boleh nagis.. Kerana aku dah janji..

Sejujurnya aku bingung pada ketika itu. Suasana yang baru bertukar cerah, kini menjadi mendung kembali. Aku menarik nafas panjang cuba menenangkan diri dengan berlalu dari ofis menuju ke lokasi kegemaran ku.. Sambil berfikir.. Aku mula menaip SMS dengan harapan untuk memperbetulkan keadaan.. Kerana aku sedar, sekali lagi aku menyakiti hatinya.. Owh God!! Kalau ko sedang membaca entry ini, aku nak minta maaf.. Mungkin ko semakin bosan mendengarkan ungkapan maaf dari aku yang tiada henti ini.. Dan mungkin, maaf aku sudah tidak berharga lagi kerana terlalu kerap diungkapkan.. Uhukk.. Tapi sejujurnya aku langsung tak tahu apa2.. Aku tak tahu dia bagaimana.. Aku juga tak tahu dia dan kamu bagaimana.. Yang aku semakin tahu, aku selalu buat kamu sedih.. Sekali lagi.. Maafkan aku..

Aku cuba untuk tidak menyakiti hati ko.. Tapi bagaimana mungkin, kerana aku semakin sedar kalau kejadian ini berlaku selepas aku ngan kazen berhubungan. Dan aku realized something. Adakah aku telah merebut kasih sayang untuk mu?? OMG!!! Satu perlakuan yang sangat kurang sopan!! Aku langsung tidak tahu itu.. Kerana aku ingatkan kamu baik-baik saja. Kerana kamu yang memperkenalkan kazen dengan aku.. Sekali lagi.. Aku minta maaf..

Jam 8 malam. Aku bergerak meninggalkan Office. Menuju ke rumah Dj Sofea. Dia menjemput aku dan kawan2 untuk menikmati 'Berob-bok'.. Masakan ni popular di Tawau. Dj Sofea ni orang Melaka.. Tapi kawen dengan orang Tawau.. Jadilah Berob-bok Melakaw.. Hihihi.. Alaa.. Lebih kurang sup Jagung lor.. tapi tiada telur.. Yang pasti kaya dengan sayur2an lor.. Sedap!! Tetiba nak makan lagik.. Ngee~~

Sejurus lepas tuh, aku balik umah.. Oh! Minyak keta tinggal 2 bar. Jap lagi kompom blinking.. Aku mencarik stesen minyak.. AKu pilih Shell.. Tak pilih Petronas.. Ntah kenapa aku rasa kalau pakai Shell, minyak aku lambat ja abis.. Hihihi.. MAlangnya, aku jalan di lokasi yang salah.. Jadi aku malas nak pusing balik ke bandar.. Jadi terus ja balik umah dengan keadaan minyan 2 bar. Aku cuma risau kalau tetiba esok abes minyak tengah jalan. Sebab esok aku duty pagi.. Jarak umah ngan opiz bukannya dekat kan?? So.. AKu redho je lah masa tuh..

Sampai umah, aku teringat yang charge HP aku tertinggal di opiz.. OMG!! Cam maner nih?? Kenapa aku cuai sangat hari ini?? Uhuk.. Aku lepak depan tv. Mandi belum lagik.. Layan drama Asmara di tv3.. Abis ja asmara, aku terpandang HP ku. Aku hantar sms kepada dua orang yang aku sayang.. Aku tanya beberapa soalan dan aku nak mereka berjanji beberapa perkara. Agak sedih aku masa tuh.. Rase nak nagis. Tapi, aku dah buat aku janji dalam diri. Tak nak nagis lagi.. Owh.. Batri HP semakin low.. Dan akhirnya... Aku kesunyian... 

Aku keluar menjenguk suasana alam di kala malam. Damai sungguh. Bulan menyembunyikan dirinya di sebalik awan. Namun, cahayanya masih jelas dan terang... Owh.. Indahnya ciptaan tuhan.. Sambil melihat keajaiban ciptaan-Nya, aku mula berfikir sesuatu yang jahat!! Tapi sanggupkah aku?? Boleh kah aku bertahan?? Itu soalan yang paling berat untuk ku jawab.. Ah!! Kenapa mesti aku beratkan fikiran ku dengan masalah ini?? Jawapannya mudah! Kerana aku menyayangi mereka berdua.. 

Aku melangkah masuk.. Sejuk sangat di luar. Tv masih terpasang. Aku merebahkan diri dihadapannya. Mataku melihat tv. Tapi aku tahu, aku tidak fokus.. Dan tidak sampai jam 11.30, aku dah terlelap.. Terlena tanpa sebarang balutan selimut. Tanpa kipas.. Hanya bertemankan bantal yang sedia di depan tv, susu kacang soya, rokok dan HP yang sudah kong!.. Sedar2 ja.. Sudah jam 5.. APa yang pasti, aku masih berfikir untuk melaksanakan misi aku.. Dan, skung keadaan aku kazen dan sepupu dah kembali reda.. Seperti sedia kala.. Ah!!! Aku sudah lambat!! My Name Is SAAT :)

No comments: