MENUJU LANGKAH BARU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ntah macam mana nak mula.. Selalu aku ada ja ide untuk menulis.. Tapi kali ni.. Hahaha.. Beberapa hari ni, aku dah janji aku tak nak sedih. AKu tak mo nagis.. Aku dah kotakan janji aku untuk tidak menangis. Tapi, perasaan sedih tu terus menyelubingi.. Aku dah janji, akan sayang dia sepenuh hati aku. Dan kini, aku dah dapat sesuatu yang telah ku berikan kepada dia dua kali.. Kata perpisahan..

Terkesima, tatkala aku menerima sms itu. Reaksi aku?? Terduduk dan termenung seketika.. Lepas tu, aku amik bantal dan aku tidor.. Dan aku dapati, betapa susahnya diri untuk melelapkan mata. Jam 3 pagi, aku masih berjaga. Fikiran merewang entah kemana.. Hahaha.. Mudah sangat jatuh cinta..

Cuti Hari Wesak aku manfaatkan untuk duduk di rumah. Tapi, ingatan kepada dia tidak sedikit pernah hilang dari minda. HP aku sunyi.. Seolah2 rosak. Hanya 1 ja sms masuk. Itu pun pasal CelcomOffer. Aku cuba bermonolog di hadapan cermin. Cuba untuk membangkitkan motivasi dalam diri agar lebih kuat. Alhamdulillah.. Aku berjaya. Tapi, bila aku pandang cermin tu sekali lagi, jelas sungguh ku lihat muka sugul yang kehilangan arah. Aku mendengus kegeraman. Ingatkan ingatan itu sudah pergi.. Namun masih ada lagi!!

"Soh!! Pergi.. Pergilah cinta.. Pergilah rindu.. Jangan dekati aku lagi. Aku tidak perlukan kau! Soh!! Soh!!! Pergi jauh..."

Aku bermonolog lagi. Dengan harapan semua ingatan itu akan hilang. Aku benci perasaan cinta.. Aku benci kenapa perlu ada rindu.. Sebab kini aku sedar, dua perasaan ini buat aku sedih.. Aku rindu dengan keluarga ku sampai aku nangis. Aku cinta sama dia sampai aku gila.. Ya Allah.. Aku tidak perlu lagi perasaan cinta dan rindu ini. Ambillah ia.. Jauhkan lah ia dari hambamu ini Ya Allah..

Lestary (tv3) : Asmara. Menyesal.. Runut lagu drama nyanyian Six Sense itu membuatkan perasaan rindu itu datang lagi.. Ah!! Tolong!! Aku benci dengan perasaan ini.. Habis ja drama bersiri itu. Aku cuba bangkit untuk menuju ke kamar. Tiba2, aku terpandang di TV, selepas ini, cerita Senario 2011. "Awas kalau ndak lucu" bisikku dalam hati. Sebab aku tau, aku hanya perlu ketawa.. Ya.. Ketawa.. Aku hanya perlu ketawa. Sekali lagi tumpuan ku di tv. Kumpulan senario beraksi. Hahaha, Hihihihi, Hohohoho.. Lucu jugak lah.. Tapi ndak boleh mengasi kalah lawak Mr. Bean. Hihihihi.. Abis ja, aku bingkas bangun. Terus ke tilam yang sudah menanti kehadiran ku. Aku matikan semua suis.. Hanya suis kipas yang ku biar hidup. Lemah gemalai kipas itu berputar. Krek-krok-krek-krok.. Seolah-olah ada seseorang yang sedang melangkah.. Aku bermain-main dengan HP ku. Aku masih berharap supaya dia sms aku.. Aku mengelamun.. Mengingati semua kegembiraan dan kesedihan.. Sampai aku tidak sedar, aku sedang dibuai mimpi..

Aku tersedar.. Ntah apa yang buat aku terjaga.. Jam?? Aku tak langsung tengok jam.. Aku cuba tidur lagi. Sebab aku tahu, masih awal.. Tiba2 dada terasa begitu sebak.. Sakit.. Sangat sakit.. Aku bangun.. Tarik nafas dalam-dalam... Sakitnya.. Aku cuba untuk menjadi kuat. Aku gi bilik mandi. Terus mandi.. Subuh2 pegi kerja. Awal sungguh!! Hahaha.. Kebetulan aku bertugas pagi.. Bila masa aku buat opening tuh, aku rasa sungguh bahagia.. Akhirnya aku boleh berkata-kata. Ingatkan aku dah bisu.. Hahaha..

Masih menantikan keajaiban. Aku tiba2 menerima mesej dari kawan aku. Seolah2 dia tau apa yang aku alami.  Mestilah dia tau, mereka kan kazen?? Hihihihi.. Aku berbalas sms dengan dia. Tak lama, sebab aku tak nak emosi aku berkocak kembali. Ntah mengapa aku membuka blog dia. Dan, aku mendapat jawapan untuk segalanya.. Dan, disitu segala harapan ku mati.. NOKTAH!

Nak tau tak.. Aku sedikit tidak rasa marah. Aku sedikit tidak rasa kecewa.. Apa yang aku harap, agar dia lebih kuat.. Dan aku harap dia tidak seperti aku, yang mudah sangat jatuh cinta. Serta mudah sangat melafazkan kata perpisahan.. Aku terima segalanya sebagai satu permulaan jalan yang ntah bagaimana penghujungnya.. Walaupun sukar untuk menzahirkan senyuman yang paling ikhlas, tapi demi kawan-kawan di sekeliling ku, aku akan cuba.. My Name Is SAAT :)

No comments: