Pheww~~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Holaa.. Rajin plak aku menulis blog ari ni kan.. Heheehe.. Maklumlah.. Kesunyian yang sangat mencengkam!! Sebenarnya, aku masih penat lagi ni. Baru pulang dari program 'Ging Bubut' Sabah.fm di Sembulan.. Cerita pasal Ging Bubut ni.. Paling jauh aku pernah ikut pegi Pitas.. Sanaaa dekat Kota Belud. Perjalanan yang cukup mencabar pada masa itu.. Alhamdulillah selamat jugak sampai.

Hari ni aku bergerak dengan Dj Hani, Dj Sofea, dan Dj Niza. Sangat kenyang.. Sebab kami pi makan di restoran sana. Malar semua mau muntah.. Sebab katanya menyalahkan Milo Tabur yang diminum sebelum menjamah makanan.. Ngeee.. Aku?? Mau juga muntah.. Sebab terlalu kenyang.. Hahahaha :P

Tetiba rindu plak ngan kawan2 di Tawau.fm. Tadi aku di Buzz oleh Admin facebook Tawaufm stesen pilihan anda. Katanya mau remove aku sebagai Admin.. Uhuu.. Terpaksa redho dengan kenyataan itu. Kerana hakikatnya kini aku sedang berada di Sabah.fm kan..


Apapun, kenangan di sana memang beshh.. Sangat gembira menimba ilmu dan menggarab pengalaman bersama dorang. Last kami keluar beramai2 ke venue Ikan Bakar dan Cendol Tapai di Taman Semarak. Memang terbaekk.. Ngeeee.. Rindu sama dorang.. Apa yang ku ada untuk mengubat rindu adalah gambar dan rakaman voice over untuk jingle saja.. Locok!! Hahahahaa

Cerita pasal kazen, hari ini aku dah mula tidak menghantar sebarang perkhabaran kepada dia. Aku mesti kuat. Walaupun rasa rindu ini melonjak2 untuk mengirimkan sms kepadanya. Namun, aku mesti redho.. Kerana ini adalah keputusan yang aku buat sendiri.. Tanpa ada paksaan daripada sesiapa.. Tapi, aku tak tahu.. Sampai bila keadaan ini akan berakhir.. Damnnn!! Saya rindu dia.. HAHAHAHA!!!!

Kehidupan tidak selalunya indah. APabila kebahagiaan datang, kita sering melupakan bagaimana rasanya derita. Dan sebab itu, apabila derita datang menerpa, kita akan merasakan sakit yang sungguh tak tertahan.. My Name Is SAAT :|

No comments: