SILAP KU..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

3 hari belakangan ini, aku merasakan kesedihan yang amat sangat. Untuk kesekian kalinya, aku telah mengecewakan lagi hati seorang kawan yang cukup baik. Perkenalan di laman sosial yang langsung tidak dijangka membawa satu perhubungan yang begitu akrab. Tidak pernah bertemu.. Hanya melihat gambar menerusi laman tersebut, berinteraksi menerusi laman itu, juga meluahkan segalanya menerusi laman Tagged dan mendengar suara menerusi telefon. Perkenalan yang kini telah menjangkau usia 2 tahun. Hurmm..

Ku mengenali dia sebagai seorang yang cukup baik. Macam aku jugak out-of-spoken, dan seorang yang hebat dalam memberikan motivasi. Dia juga seorang yang berfikiran terbuka dan kelakar. Tidak dapat di bayangkan bagaimana agaknya jikalau kami bertemu kelak. Namun, impian itu kelihatan samar untuk ku jejaki, apabila aku menyakitinya.. Uhuu.. Aku tak dapat nak bayangkan betapa berkecainya hati seorang kawan setelah apa yang aku lakukan menyebabkan dirinya terluka.

Aku sebenarnya tidak bermaksud dan tidak menjangka, kenyataanku telah menyebabkan dia dimaki di hadapan rakan sekerjanya. Urghh!!! Selama aku berada di Kota Kinabalu ni, dia yang sering menemani aku dengan sms nya. Tatkala sunyi yang semakin menebal, dia memperkenalkan aku dengan kazennya. Dan, kazennya itu mula mengisi kekosongan dalam diri. Setelah lima bulan berlalu, aku semakin hanyut dengan cintanya. Dan kini, aku melukai seorang yang memperkenalkan aku dengan kazennya.

Dan kini, aku harus menghukum diri aku sendiri. Aku tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan. Kerana setiap penjelasan, pasti akan dibalas dengan kata2 yang sungguh memedihkan. Aku tidak salahkan dia, kerana aku tahu, kalau kepedihan yang dia rasa lebih teruk daripada apa yang aku lalui kini. Dan aku mesti redho.. Bahawa kemungkinan aku akan kehilangan dia dan si kazen adalah sesuatu yang nyata.

Aku mula menjauhkan diri. Facebook ku kini akan terus aktif meskipun sunyi daripada dia kawanku. Ahh!! Aku minta maaf sangat-sangat.. Dari hati yang cukup dalam. AKu sangat sayang dengan dia. Dan dari fikiran yang sangat kusut, aku mesti belajar untuk melupakan segalanya. Masih adakah sinar kemaafan untuk seorang insan yang kejam seperti aku?? Ahh.. Kalau aku jadi dia, amat sukar kemaafan itu untuk hadir dengan ikhlas.. Kerana kesalahan yang aku buat, telah menyebabkan dia malu yang teramat sangat..

Tiada kata selain maaf wajar aku berikan. Kerana penyesalan ku kini sudah amat terlewat. Setiap manusia memang tidak sempurna, tetapi kenyataan itu tidak seharusnya digunakan sebagai kenyataan untuk melindugi diri daripada hukuman manusia.. Maafkan aku PET.. My Name Is SAAT :(

No comments: