Empat Bulan Yang Lalu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ollaaa.. Hahahaa.. RINDUNYA SAMA TAWAU!!! Terasa macam di Tawau ja pulak masa ku menulis entry ni.. Meskipun pada hakikatnya kini aku berada di Kota Kinabalu.. Tak sangka kan.. SUdah 4 bulan berlalu.. AKu makin tabah dan redho di sini.. Terima kasih ku ucapkan yang tidak terhingga kepada kawan2 ku yang senantiasa memberikan sokongan kepadaku.

Dalam 4 bulan belakangan ini, ada banyak peristiwa yang pahit dan manis bersama2 dengan aku.. Jadi mau ka kalau aku ceritakan kepada kamurang semua?? Ahahaha.. Sangat bizibody kan korang.. Ngeee :)

LAPOR DIRI DI KK

"Alhamdulillah.. Setelah hampir 2 tahun menanti sebagai penjawat kontrak, akhirnya aku di terima sebagai penjawat awam pada 16 Februari 2011. Dan tempat bertugas ku adalah di Ibu Pejabat Kota Kinabalu.. Alhamdulillah.. Keadaan yang tidak asing bagi aku. Kerana telah beberapa kali kesini atas urusan sebagai pelajar suatu ketika dahulu. Dan seorang daripada pekerja disini juga merupakan teman rapat aku.. Ehee..

Sepanjang tempoh berOrientasi di sini, aku telah mengenali rakan sepasukan ku.. Kak Ela, Nurul, Fatin, Hendria, Sharon, Farizie, Azza, Arif, Andy, Rita dan Raymond yang juga ku panggil sebagai Papa Yokies.. Sebab dia montel.. Hahaha





Dorang sume ni memang best.. Makan tengahari sesame, mengumpat sesame,Lepak dikantin sesame.. Tengok movie pun sesamer jugak! Hahaha.. Itu sebab telampau boring bah.. Teda kerja kan.. Ngee.. Dan sekarang ni, semua dah sibuk kerana semua pun dah dibahagikan kepada bahagian masing2.. Dan seperti yang aku jangka, Sabah.fM adalah tempatku bernaung untuk ketika ini.

Kesedihan melanda apabila aku mendapat berita yang "gembira" itu. AKu teringin sangat nak balik Tawau. Setiap wajah keriangan juga memori yang pernah ku cipta bersama mereka muncul satu persatu di benak ku.. Oh.. Bahagianya ketika itu. Namu, aku kene belajar untuk redho.. Di sini adalah tempatku.. Dan di sini, aku berjanji untuk mencipta lebih banyak langkah yang gemerlap.. Meskipun saingan begitu hebat, namun ungkapan tiada yang mustahil menjadi pembangkit semangat. Yang pasti setiap stesen itu ada kekuatan tersendiri. Dan aku percaya, dengan itu...

Kehidupan di sini memang mencabar naluriku untuk pulang ke Tawau. Aku sendiri.. Aku hanya ada si Comel, Lappy dan barang2 aku yang lain. Namun, kehidupan aku, jiwa aku, semua masih di Tawau.. Sangat menguji kesabaran ku sebagai seorang yang manja dan perlukan pengisian hidup. Namun, apakan daya, aku juga telah berusaha untuk membawa diriku pulang semua ke Tawau, namun, takdirnya telah tertulis, bahawa masa depan ku harus dikembangkan di sini. Dan, dengan kesedaran itu, aku belajar untuk hidup sendiri.. Sehinggalah ke hari ini.. Aku masih begini.. Uhuuu"

AKU DIROMPAK

"Kejadian yang berlaku begitu pantas. 24 Mac 2011, Hendphone, Wallet, Sweater, Belt dan beberapa barang milikku dan tuan rumah habis di kebas. Dalam kejadian antara jam 1 pagi ke 4 subuh.. Apapun, aku paling bersyukur, kerana aku masih selamat, lappy ku ndak kena ambil (padahal ampai2 ja di lantai) dan dengan mudah aku melakukan semua urusan dengan begitu baik sekali. Alhamdulillah.."

Kehidupan acap kali memberikan pengajaran. Cuma kadang kala kita terlupa untuk mencatit semua kejadian untuk dijadikan landasan kehidupan. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Dan setiap pengorbanan pasti akan ada kebahagiaan. Yang pasti, kehidupan ku di Bandaraya Kota Kinabalu semakin stabil atas sokongan anda, dan beberapa insan yang jauh di mata, namun dekat di hati.. Ngeee..

Walau diamana jua aku berada, seharusnya aku wajar bersyukur, kerana aku masih lagi berada di Malaysia.. My Name Is SAAT :)

No comments: