SAD ENDING TO MY BELOVED BROTHER

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sesuatu yang cukup menyedihkan berlaku kepada adik aku hari ini. Adik aku no.3.. Namanya Azwan. Lebih dikenali sebagai E-One.. Dia suka spell nama dia begitu. Padahal kalau ikut ejaan biasa2 'ewan' dah jadi kot.. Hehehe.. Antara adik aku yang terpaksa melalui kehidupan getir sebagai seorang rakyat Malaysia yang masih belum di tentukan tarafnya. Ntah la.. Jalan lurus dah di lalui namun masih belum berjaya.

Kini, adik aku dah masuk 21 tahun namun masih belum memiliki pengenalan diri yang sewajarnya dimiliki oleh belia seusianya. Aku sebagai seorang abang mempunyai tanggung jawab untuk memastikan dia mendapat pengiktirafan sebagai warganegara yang sah memandangkan dia lahir dan dibesarkan di sini oleh ibu yang lahir di sini juga serta ayah yang telah mendapat taraf kewarganegaraan.

Penantian hampir 3 tahun setelah melalui pelbagai prosedur akhirnya terjawab dengan satu ungkapan yang aku rasa semua orang pun ndak suka mendengarnya. GAGAL.. Iya.. GAGAL.. Sedih bila sesuatu yang telah di lakukan dengan usaha yang bersungguh2 tetapi masih lagi menemui jalan kegagalan. Aku?? Langsung tidak putus asa. Kesedihan yang terpapar di muka adik aku membuatkan aku lebih berani untuk berusaha. Namun, aku masih buntu untuk memulakannya dari mana.

Adik aku gagal untuk menaiktarafkan sijil lahir daftar lewat kepada status '1st Class' yang diperlukan sebelum boleh mendaftar untuk mendapatkan MyKad. Apabila mendapat keputusan tidak rasmi daripada pegawai yang bertugas (keputusan rasmi melalui surat) adik aku menerimanya dengan tenang. Dia masih lagi senyum. Dan apabila aku tanyakan.. 'Macam mana la tuh wan.. Gagal dek' seraya dia menjawab dengan senyuman 'Mau buat macam mana lagi, Ndak pa lah'.. OMG! Seriusly aku sangat tersentuh.. Mau meleleh air mata ni. Senyuman yang begitu ikhlas terpapar pada raut wajah adik aku. Namun ku dapat rasakan ada luka yang begitu pedih di hatinya. Hurmm.. Ntah dimana silapnya. 9 orang adik beradik, hanya dia ja yang masih kandas. Bertitik tolak dari senyuman yang pedih itu, aku berjanji pada diri sendiri untuk berusaha mencari jalan agar adik aku mampu untuk bergerak bebas di tanah tumpah darahnya.

Sememangnya, di Tawau ni ada banyak insan yang mengalami nasib yang sama. Dan ramai juga yang berjaya melaluinya meskipun hanya menerima MyKad setelah berusi lebih daripada 30 tahun. Aku akan berusaha sekuatnya agar nasib adik aku ni mendapat perhatian oleh pihak yang berkenaan. Esok, aku akan memulakan langkah pertama. Tapi ntah dari mana nak mula.. Owhhhh.. My Name Is SAAT

No comments: