KEMBALIKAN SENYUM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hai sumer.. Hihihi.. Perasan sunggu.. Seolah2 ramai plak yang membaca kan?? Padahal... kuikuikuii.. Hari ini aku mulakan dengan bertugas seperti biasa. Hari ahad aku kerja juaa.. Tidak seperti kebanyakan orang yang bercuti pada hari ahad. Pagi ku di hiasi dengan titisan hujan yang membasahi bumi Tawau. Sejuk saja sehingga memaksa aku untuk mengenakan jaket pemberian Mr Zhafrin ke pejabat. Hari ini aku ketengahkan dua pantun untuk dijual kepada pelanggan2 ku.. Pantun memujuk hati dan pantun penipuan.. Huwahuwahuwaa.. Begitulah kehidupan. Semuanya nak di jadikan bahan untuk dikongsikan.

Selesai kerja, jam 11 aku sambung lagi menyediakan bahan utk siaran petang (ahad) dan esok (isnin). Maklumlah, aku ndak mau terkejar2 plak esok kan. Jadi, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke bulu ketiak.. Alalala.. Uhuuuuuuuu.. Selesai semuanya aku pun pulang ke rumah untuk meneruskan kegiatan ku.. Tinguk drama jipun.. SYok giller.. Dan sekali lagi, di episod akhir aku tiba2 merasa sebak melihat seorang yang terpaksa mengorbankan cintanya demi melihat sang kekasih melakar senyuman setiap hari. Keadaan ini juga membuktikan yang aku memang cengeng.. Hahaha.. Lelaki apakah?? :P

DAN.. Bermula semalam.. My Kakanda Saat page on facebook dah berkubur.. Aku kubur bersama semua cerita indah di sana. Kadang2 terasa menyesal jugak, tapi apakan daya, keputusan yang dah di buat harus di tetapkan sebagai mengajar diri untuk menetapkan pendirian. Belajar untuk menerima kenyataan. Permainan sudah lama tamat. Usah menyimpan dendam atau sebarang unsur perasaan ingin kembali kerana itu akan lebih menyakitkan.. Iya.. Sakitnya oii...

Belajar untuk membenci sesuatu yang pernah kita sayang sememangnya amat perit. Kasih dan sayang yang sudah menempel lama pada hati kini terpaksa dibuang untuk memberi peluang kepada orang lain pula. Amat susah dan amat dahsyat rasanya.. Adesss.. Pedihh wokk..

Hari ini aku belajar untuk hidup tanpa FB. Hari ini aku belajar untuk membenci sesuatu yang pernah dicintai.. Dan aku harap, aku tidak sesalkan kejadian hari ini di kemudian hari.. Kerana aku inginkan senyumku kembali.. My Name Is SAAT :)

No comments: