KES HARI INI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini perasaan aku bercambur aduk.. Sedih dan gembira.. Ada dua fasa perubahan perasaan.. Ntah laa.. Aku ni maja sangat kot.. Jadik, akibat sesuatu yang sepatutnya aku terima, tapi aku tak terima hari tu membuatkan aku jadi sedih.. Aku ndak suka sebenarnya perasaan ini.. Tapi, kenapa agaknya aku memberika ia layanan yang cukup istimewa??

Mungkin jawapannya.. IYA.. sebab aku dah lama tak menerima satu perasaan yang indah ini. Namun, aku seringkali rasa takut bila kecewa itu muncul di pertengahannya.. Huwaaa.. Dulu.. Lagu yang paling menjadi kegilaan ku adalah lagu ST 12.. Saat terakhir.. Bukan sebab ada nama aku di awal tajuk lagu itu.. Cuma mungkin susunan kata dalam lirik lagu itu membuatkan aku begitu terbawa2 sehingga pernah sekali aku menagis tatkala mendengarkan lagu itu.. Dan kini, lagu kegilaan ku pulak adalah lagu Elkasih, Kau Tigakan Cinta.. Mungkin sebab aku berada dalam cinta tiga dimensi.. HAH??? Iyaaa.. Tiga dimensi.. Aku izinkan ianya terus berjalan. Kadang kala sedih menerpa.. Namun, terpaksa ku gagahi kerana aku mahu belajar berkongsi.. Namun persoalannya kini.. MAMPUKAH AKU? SUDI KAH DIA? dan AKAN BAHAGIAKAH KAMI? Huhayyy.. Bingung kan?? Tapi.. bukan itu yang buat aku sedih punn..

Gembira sangat hari ini. Setelah sekian lama ndak bertugas bersama Kak Zee.. Antara kakitangan yang paling rapat ngan aku di opis.. Aku pun ndak tau bila masa kami boleh rapat sedemikian rupa. Padahal, masa aku praktikal di tempat yg sama sekarang aku kerja, ndak pulak aku rapat sama dia.. Tapi itulah.. Keserasian akan timbul bila kita mula mencari keserasian. Dan ianya tidak akan wujud tanpa kita usaha.. Kan?? Thankz Kak Zee.. Banyak sungguh memori tercipta antara kita. Tetiba rasa sebak di dada.. Mungkinkah aku akan pergi meninggalkan kamu semua?? Huhayyy.. TAK NAK!!!!

Hari ini juga aku menjadi sedikit takut.. Sebab surat pengesahan perjawatan tu belum sampai ke tangan aku sedangkan kawa2 yg lain sume dah dapat.. Huhuhu.. DI manakah agaknya lokasi aku?? Dengar cerita, kawan aku yang di Sandakan tuh dapat di KL.. Adakah aku juga akan di letakkan di sana?? Waaaaaaa.. Aku ndak mo.. Aku ndak sedia lagi idop di kota yang penuh dengan cabaran itu.. Huhuhu.. Aku akan tinggalkan tawau ka?? Ndak bestnyaa... :((

Starting jam 6.. Aku mengendalikan tugas seperti biasa. Menghabiskan sisa sejam sebelum aku balik umah.. Lagu sedih semua ku balun.. ZIANA ZIN: Setiaku di sini.. ERRA FAZIRA: Yang Terindah Hanyalah Sementara dan SUDIRMAN: Ayah dan Ibu.. serta lagu si NORA: Dendam Dalam DIam.. Huhuhu.. Semuanya sedih.. Hampir jugak nagis.. Tapi aku masih mampu mengawal perasaan.. Cengeng bha si saat ni kan dorang?? Hahaha

Pagi tadi (21 Jan) aku menerima sms daripada seorang kawan yang sudah lama ndak sms aku.. Sudah lama kami ndak kluar lepak sama2.. Sejak aku ngan Abg Zhaf dingin ni.. Huhuhu.. Bahagia sangat.. Dan kenangan lalu terus datang menerpa.. Hebatnya masa2 dulu.. Dan sememangnya aku rindu sangat keadaan dulu.. Tapi, aku dah mula membisakan diri dengan keadaan kini.. Relax ja depan lappy ni.. Tengok drama Jipun.. Ones of my Fav lo sblm tido.. Huhuhu

Yang pasti, semua ini adalah kenyataan yang mengajar aku untuk lebih dewasa. Lebih memahami apakah ia kehidupan yang sebenar.. Belajar untuk berpijak di bumi yang nyata.. Juga belajar untuk melupakan sesuatu yang tak pasti.. Belajar untuk mengelakkan luka yang lebih parah hanya kerana sayang yang secubit cuma.. Belajar untuk sedih setelah senyum beberapa hari yang lalu.. Hohoho.. Sememangnya aku hanya insan biasa yang MANJA dan perlukan PERHATIAN.. Itu yang kamu ndak perasan pasal aku... AGAKNYA LAH :P > My Name Is SAAT :)

No comments: