KENYATAAN MIMPI & REALITY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Kenyataan semalam sungguh mengerikan.. Mimpi semalam cukup membahagiakan.. Dan rialiti hari ini sangat memilukan...

Kenyataan semalam yang perlu aku lalui.. Aku sudah begitu busuk di mata mereka yang pernah ku panggil teman.. Mahu saja aku pergi jauh ke daerah dimana orang tidak mengenali aku.. Supaya aku boleh memula kehidupan baru yang lebih bahagia.. Mau saja ku tinggalkan semua.. Namun, aku kehilangan kekuatan.. Aku tidak boleh.. Sebab sudah jelas lagi nyata, cintaku hanya untuk dia..

Mimpi semalam yang cukup membahagiakan.. Aku melihat mak aku.. Lama sungguh ndak bertemu muka.. Mendengar suara.. Aku memang anak yang derhaka.. Nak call mak sangat.. Tapi aku takut kalau aku nagis! Aku ndak kuat!! Dan aku ndak mau mak tahu kalau aku sungguh merana di sini.. Cukuplah sms kata2 rindu yang ku kirim kepadanya.. Aku melihat mak semalam muncul dalam mimpi aku.. Sayu ja riak wajahnya.. Aku teringin nak peluk mak.. Namun belum sempat aku menyatakan niatku.. Mak dah berlalu pergi..

Rialiti hari ini yang sungguh memilukan.. Aku ndak boleh kawal minda aku daripada memikirkan sesuatu yang bukan2.. Untuk kesekian kalinya aku hanya membiarkan mata aku berekspresi.. Aku nagis kuat2.. Supaya semua kesedihan aku pergi bersama aliran air mata.. Namun, kenyataannya meleset bila aku terus diselubungi masalah dan kekecewaan.. My Name Is SAAT

No comments: