SIPITANG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini aku bangun awal pergi ke pejabat.. Seperti yang telah aku khabarkan semalam, aku akan ke Sipitang untuk menjalani rakaman rancangan raya yang diterbitkan oley rakan setugas Hafrina di rumah seorang artis Nadia Ali yang popular dengan lagu "Salam Untuk Kekasih".. Jam 6.30 aku dah sampai opiz.. Selalu aku baru bergerak ni dari rumah.. Maklumlah, kami nak bergerak jam 7.00 pagi.. Kang aku lambat lax kene leter lagi dengan penerbit..

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam lebih.. Pertama kali aku menjelajah ke Sipitang.. Selalu aku di Beaufor jer paling jauh.. So, untuk mengelakkan rasa mengantuk, kami berkara-ok dalam bas beramai2.. Ketawa berdekah2, tepuk tangan.. Semua bagaikan dirasuk dengan memori raya yang sungguh indah.. Aku lah yang paling gila.. Saja jer.. Nak sembunyikan masalah sebenarnya.. nak mengambil mood supaya aku boleh berMC dengan lebih baik.. Sebelum gerak tadi, aku dah warning dengan patner MC aku kalau aku punya mood sangat tidak baik.. Nasib baik patner aku si Jiran.. Dan dia agak memahami aku.. Thankz Jiran :)

Sampai ja di sana, kami terus singgah di Homestay milik nenek si Nadia.. Timah's Homestay.. Best gak tempat dia.. Atas bukit. Dari jauh boleh tengok bukit bukau yang berlapis2.. Damai jer rasanya.. Kami singgah sana sebagai lokasi perhentian untuk menukar baju.. AKu dah siap2 pakai dari rumah.. Hanya samping dan songkok ja aku pakai sana.. Hari ini kan hari Rabu.. Gilo ko pakai bagai nak pegi kawen ke opiz.. Lain ar kalau hari ini hari Jumaat.. Uhu!! Hari jumaat.. Sahabat aku sungguh suker ngan hari ini.. Where are u lor?? Kazen sungguh menyesal dan dia sungguh memerlukan u sahabat.. Balik lah.. Bincang bagus2.. I tau u sayang ngan dier.., Begitu gak ngan dier.. Sayang sangat kat u.. Hurm.. Nanti i buka topik pasal cerita ni.. SKung, pokoz pasal ceritera hidup si bujang hari ini.. Ihihihi

Lepas semua dah siap ganti baju, dalam jam 11 pagi baru kami gerak ke rumah Nadia.. Waa!! Sungguh teruja dengan lokasi rumah dia tuh.. Betul2 tepi pantai dan sangat private.. Rumahnyer tak begitu besar amun lengkap dengan semua.. Seolah2 tempat tuh adalah lokasi persinggahan untuk mencari ketenangan jer.. Owhh.. Best sanagt tempat itu.. Selepas beberapa ketika, setelah setting diperoleh, rakaman pun bermula.. Aku menunjukkan aksi yang cukup baik hari ini.. Sebab aku dah terima sms dari dia.. Ngee~~ Dan yang pasti, aku tak boleh lawan kehebatan si Jiran dalam mewujudkan keceriaan.. DIa memang hebat!! tahniah jiran.. Aku sibuk makan jer.. Sambil makan pun aku boleh jadi MC jugak.. Hahahaha :P

Segalanya berjalan lancar sehinggalah jam menunjukkan waktu jam 1.45 tengahari.. Masanya untuk bergerak balik.. Huhuhu.. Rumah Nadia jadi berantakan oley kami.. Alhamdulillah, semuanya dah selesai.. Perjalanan balik lancar.. Dengan kemahiran dan kelincahan Abg Saddik, kami selamat sampai di opiz dalam jam 4.10 petang.. Sangat letih.. Sampai opiz, si Korn ajak pegi main badminton.. Kebetulan sangat!! Aku ada bawa baju extra dan seluar sukan.. Akakaka.. Jam 5 sharp!! Aku bergerak pegi Dewan Serbaguna Luyang.. Main 3 set sana.. Hohoho.. Penat giller.. sekarang ni pulak, aku tengah mengupdate new entry dekat blog aku.. Dan someone dah tau kalau aku ada blog lain!! Aiyarkk.. Im sory.. Tak boleh bagitau sesaper.. Blog itu sangat private.. Hanye i jer yang boleh bacer.. Its like my diary.. My Name Is SAAT

No comments: