BIAR-LAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye Fellaz!!
Coretan yang tak sepenting mana aku garab lagi hari ini setelah beberapa hari ndak tulis apa-apa.. Semalam balik lewat ke rumah.. Kerja sibuk sangat.. Huhuhu.. Sejak mau puindah pi opiz baru ni macam-macam yang berlaku.. AIshhh.. Yang pasti, kekusutan aku masih terus menerpa dan menerpa.. Entah kenapa insan lemah ini jugak yang kusut tu pilih.. Kalau lah hati boleh di iron, dah 18 kali agaknya aku ironing.. Huwahuwa..

Datang lewat as usual dan balik pun lewat. Hari ini membawa diri ke beberapa lokasi yang asing bagi aku.. Nda tau kenapa ni kaki dan tangan begitu.. Orang cakap, jauh perjalanan luas pemandangan.. Mungkin itu yang di faham oleh kaki dan tangan aku. Tapi, siyes kepala hotak aku ndak bergerak menafsir semua keadaan ini.. Mungkin sebab malas mau melayan.. Atau mungkin juga kerana terkesan dengan kesuma hati yang kian bergelodak.. 


Semalam kena marah dengan bos.. Sebab menutup peluang untuk kawan lebih menyerlah.. itu katanya.. Itu apa yang di lihatnya.. Tapi, bukan apa yang aku rasa.. Dan bukan apa yang kawan aku tu maksudkan.. As usual, aku berserah saja.. Malas mau arguing sebab hujung-hujung, bos jugak yang akan menang.. 

Kehidupan semakin kosong dan tidak bermakna.. Dan aku melalui dengan hati yang gusar saja.. Ndak tau apa yang buat aku gusar.. Yang pasti, aku merasa sesuatu yang besar hilang dalam keadaan terpaksa.. Cuba mencari penawar namun sudah terlambat untuk semuanya.. Mau nagis pun ndak guna.. Mau senyum pun susah.. Kalau ndak ikhlas senyum.. Macam mana lebar pun senyuman tetap jugak nampak cacatnya..

Biarkan lah.. Itu jak yang boleh aku ucapkan tiap kali pada hati.. Yang sudah tu biarlah sudah.. Sejauh mana pun aku melangkah, kepedihan ini akan tetap terasa.. Sebab aku tidak akan pernah membiarkan hati aku bebas dari cengkaman rindu yang semakin membuak.. Kerana cinta yang pernah terbit semakin membunuh aku dari dalam.. Sekali lagi.. Biarlah..

Aku jatuh cinta dengan lagu Biar Sampai ke Bintang (Asmidar) dan Pendam (Shahir).. AKu juga jatuh cinta dengan kesunyian dengan di temani Novel itu..

>>My Name Is SAAT

No comments: