KOSONG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Oikkzz..

Selamat tengahari sume.. Ngeee~~ Nak buat entry baru jap.. Then balik umah.. Tidor dan mengelamun.. Toing!! Hari ni kan kerja pagi.. So, bulih ar balik awal as usual.. Selalunya aku ja yang ndak mau balik awal.. Bohsan dok umah sensorang.. Memandangkan aku dah siokk melayan diri sendiri, maka hobi baru adalah balik rumah dan bersendiri..

Alhamdulillah.. Tadi seawal jam 11 pagi dah melantak Asam Pedas Ayam ngan Sambal Bilis Hijau original recepies dari Johor.. Abg Fazley yang bawak.. Wife dia yang masak lebih.. So, aku ngan Jiran aku makan dengan penuh semangat sekali.. Hahahaha.. Awal pagi dah buang tenaga, so masanya untuk menambah tenaga..


Seketika sekarang ini opiz sangat sunyi.. Ging Bubut dah start balik.. So, penyampai pun kena lah bergerak geri gasing di tengahari.. Destinasi pertama aku di Beaufort.. Minggu lepas punya cerita.. Tyme orang cuti, tyme tu jugak aku beraksi.. Haishh~~ Muka aku ni pun masih lagi terbakar.. Efected dari keadaan panas di Pulau Manukan tempoh hari di tambah lagi dengan cuaca panas masa di Beaufort hari tuh.. Huhuhuhu.. Nasib baik kulit memang semulajadi itam.. Wakakakakaka~~~

Sebelum balik ni, hari ini aku tetiba ringat mulut bercerita dengan seorang Abang yang memang dah lama aku kenal.. Dulu kami kerja sesama di Tawau.. Tapi, sekarang dah bertukar ke KK jugak. Satu unit jugak dengan aku.. Cuma, dia tak masuk konti.. Kerja dia buat playlist, update software komputer, format komputer, menghalau virus dan membuat jingle.. Banyak kelebihan abang ni.. Salah satunya adalah melihat dari sudut pandang mata halus.. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dalam dunia halus.. Wallahu'alam.. Itu antara urusan dia dengan Tuhan. Dan Tuhan itu Maha mengetahui atas setiap apa yang manusia tidak tahu..

Aku memulakan cerita dengan memberitahu kisah aku pegi berubat. Then dia pun mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk aku memaksa aku untuk memutarkan kerusi menghadap dia.. Bukan niat untuk percaya, tapi semua yang dia cakap betul.. Aku yakin itu bukan satu kebetulan.. Walau bagaimanapun, aku mengelakkan diri aku dari terus percaya 100% atas setiap benda yang dia cakap pada aku. 

Hampir ja aku menangis bila dia kasi tau kalau ketika bercerita dia sempat melilau ke dalam tubuh aku. Apa yang dia jumpa adalah NOTHING.. KOSONG.. Yang paling penting, katanya semangat aku sudah tidak bersama aku lagi.. Homagadd!! Sumpah.. Kaki aku bergegar mendengar kenyataan itu.. Dia menerangkan panjang lebar.. Simptom yang aku selalu alami.. Layanan istimewa aku pada rasa sedih akibat kekecewaan yang memuncak menyebabkan jiwa aku pergi meninggalkan aku..

Katanya, jiwa aku sekarang ini merajuk dan tidak akan datang kepada aku melainkan aku yang datang kepada dia.. Memujuk sang semangat untuk masuk kembali ke dalam jasad.. Ah!! Bagaimana caranya? Aku meminta dia berkomunikasi dengan semangat aku.. Dan aku mintak ajar untuk berkomunikasi dengan sang semangat aku jugak.. Dia cakap, sudah selalu semangat aku itu berkomunikasi dengan aku.. memujuk aku untuk bersama dia.. Melupakan semua kesedihan dan melangkah seiringan.. Namun aku sering membelakangkan dia.. Dan bila itu terjadi berulang kali maka dia 'terbang' pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama orang tua aku di sana..

Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan selama aku bertugas di KK adalah, mengambil apa jua jenis cuti melainkan cuti am yang memang sah-sah termaktub.. Dan aku selalu menangguhkan perancangan cuti aku demi memberi laluan kepada kengkawan yang lain.. Mungkin juga kerana cinta aku pada kerja ini, menyebabkan aku secara tidak sengaja telah membelakangkan keluarga aku.. Bagaikan air, mulut aku menceritakan mimpi seorang anak yang durhaka berdiri kaku setelah menjadi batu.. Air mata aku mengalir melihat ketabahan ibu yang terus menyuap makanan pada aku..

Akhirnya, abang itu membuat kesimpulan.. Pulanglah ke kampung halaman mu.. 'Dia' mau kau jadi seperti kau yang dulu... Dan dia tidak akan datang kembali bersama kau di sini.. Dia mau kau pulang dan melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang Anak dan Abang.. Sebab dia mau menjaga kau dan keluarga kau.. 

Aku : Jadi? Apa perlu aku buat ni bang?
Abg : Pulanglah.. 
Aku : Aku memang mau pulang.. Tapi..
Abg : Tapi? Itu yang menjadi penghalang kau.. Sekarang ni kau sudah tiada apa-apa.. 
          Kosong.. Sebelum ni semangat kau setia memegang dan menjaga kau.. Tapi sekarang 
          ni ada 'orang lain' yang memegang  kau..
Aku : SIAPA??
Abg : Aku tahu.. tapi ndak boleh kasi tau..
Aku : Bang, aku mau pulang..
Abg : Aku tau.. Tapi, ada satu perasaan yang menghalang ko untuk pulang kan?
Aku : Yaa.. Tapi, aku ndak tau apa perasaan tu..
Abg : Dia akan kasi tau ko..
Aku : Macam mana tu bang?
Abg : Perkara tu akan datang secara 'terdetik'

Dan tiba-tiba aku tersenyum.. 'Dia' memberitahu aku syarat untuk dia kembali pada aku.. Oh!! Lama sungguh aku tidak senyum seikhlas itu.. Terima Kasih pada Abang Akhiey.. Menurut dia, setiap apa yang terjadi pasti akan dimulai dengan tanda.. Dan dia melihat banyak tanda pada aku.. Cuma dia menanti aku 'menyerah diri' dengan dia.. Dan hari yang dia nanti akhirnya tiba.. 'Kun-Fa-Ya-Kun'

>> My Name Is BUDAK ITAM

No comments: