MiXiNG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Gud Mowningzz!!
Awal pagi sampai ohpiz.. Macam biasa ada banyak benda yang bermain di kepala aku.. Ndak tau mana satu aku mau fokus.. Tapi sebenarnya aku sangat free hari ini.. Kerja pun tiada sangat.. Ntah.. Awal pagi menghadap komputer ni membuat aku sebak seketika.. Ntah ar kenapa.. Ada banyak sebab.. Tapi aku ndak tau sebab mana satu yang paling kuat..

Sangat tidak berada dalam mood untuk melakukan apa-apa hari ini. Rasanya mood sendu patah leher akan menyelubungi aku sepanjang hari ini.. Walaupun sebenarnya aku ndak tau apa matlamat yang aku mau capai dengan meletakkan diri aku pada mood itu.. Tapi yang paling mustahak sebenarnya, aku malas mau bercakap.. Diam.. Bisu dan keep on ignoring...


Semalam, sampai rumah dalam jam 5 petang.. Singgah jap kat pasar untuk beli sanggar.. Tapi akhirnya ndak jadi.. Sebab teringat ngan satu tragedi yang masih segar dalam kepala hotak ni.. Budak sanggar yang baik hati tapi sedikit busy body.. Move untuk membeli bende lain.. Tengok ikan.. Ouch! Sayur.. Hurmm.. Akhirnya aku amik buah tomato saja.. Untuk aku makan malam dengan garam cicah dengan lada.. Masih lagi mau memilih.. Namun perot aku memulas tetiba.. Kesan makan Sambal Bilis Ijau yang cukup pedas namun superbb.. Tiada masalah dengan sambal tuh.. Cuma aku yang bermasalah bila mengambil makanan pedas ketika perot masih kosong.. Im deserved to have it lol.. Rasa macam ndak mau drive. Mau lari terus balik rumah.. Memandangkan aku ni spesies yang malas.. Maka menahan diri sehingga bulu roma kembang kembang.. Peritt!! Hahaha..

Alah bisa tegal biasa bah kan.. Semakin hari, aku semakin terbiasa dengan keadaan sunyi, sepi dan semakin hari aku rasa selesa dengan semua ini.. Bercerita bersama dinding yang semakin memahami makna kata dan air mata.. Tapi paling best bercerita dengan hati.. Sambil golek-golek atas tilam.. Boleh ketawa sendiri.. Lepas tuh tengok cermin.. Dan........... Hurmmmm.. 

Teringat dengan sang semangat aku yang dah pulang ke kampung. Ntah ar.. Rasa diri terlebih hina bila memikirkan hal ini.. Benda yang sudah lama bertapak dalam jasad aku tetiba melarikan diri dek kerana ndak tahan melalui kehidupan sebagai seorang 'AKU'.. Dan mungkin itu petanda yang paling besar kalau aku tidak layak untuk dimiliki atau memiliki.. Sehingga kini rasa itu masih kuat lagi.. Tapi, aku yakin ia akan hilang.. Aku hanya perlu sabar dan bersemangat untuk melupakan semua..

Semalam.. Dalam jam 10.30 lebih, aku keluar tengok tv.. Tengok kisah kegemaran aku.. Mahabbah.. Sejujurnya kisah tu jauh sangat kalau di bandingkan dengan kisah hidup aku.. Langsung tiada kaitan.. Tapi, aku rasa aku cukup memahami rasa yang di alami oleh pemegang watak isteri tu.. Sanggup melupakan dan melepaskan Suami dan Anak demi kebahagiaan mereka sebab dia sedar, dia tidak mampu.. Hurmm.. (Lagu Nirwana Band now playing on Radio) dan aku berhenti di sini.......

>> My Name Is BUDAK ITAM

No comments: