MERUNTUN JIWA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz..
Baru ja abiz nangez sambil snap gambar budak cengeng ni.. Rasa makin sedih lax.. Menengok muka sendiri dengan cucuran air mata.. Hurmm.. Agaknya, tahun 2012 ni memang tahun yang agak sedih dan malang untuk aku kan..

Yeah! Aku tau kalu aku ndak sepatutnya cakap begitu.. Tapi, itulah yang sebenarnya berlaku pada aku.. Belum ada satu benda yang buat aku betul-betul gembira.. Atau mungkin aku yang ndak pandai mengatur emosi sendiri.. Hurmm.. Aku akui itu.. Dan aku perlukan seseorang untuk memberi sokongan pada aku.. Siapakah dia?? Kawan! Ya.. Tapi, aku tiada seorang kawan yang sesuai untuk aku kongsikan semua benda yang tersimpan lebih 5 bulan dalam hati..


Aku bukan ndak mau cari jalan.. Tapi aku terpenjara oleh rasa sayang aku yang masih sangat dalam untuk seseorang tuh.. Mengharap dia kembali? Tidak lah.. Hahaha.. Ndak mungkin itu akan berlaku.. Aku redho untuk semua yang terjadi.. Banyak pengalaman yang membahagiakan dan yang menyedihkan aku lalui dengan dia.. Yang pasti, satu benda pun aku ndak menyesal.. Malah, aku bersyukur sebab aku belajar banyak benda dari semua ini..

Cuma masalah aku sekarang, aku ndak boleh lupa dia.. Sumpah!! Air mata aku mengalir petang ini sebab dia.. Kenapa dia buat aku begini?? Dan kenapa aku bodoh sangat sampai macam ni?? Yeah! Tiada siapa yang amik peduli pasal aku.. Dan aku tidak perlukan sesiapa untuk memperdulikan aku di sini.. Cukup jika aku ndak menyusahkan orang lain.. Cukup jika aku ndak meresahkan orang lain.. Dan cukup jika aku masih mengingati semua orang especially my beloved family.. Makkkk!!! Rindu betul sama mamak..

Ampun sangat.. Sebab ndak da apa-apa yang aku kasi untuk mak sempena hari ibu.. Belum mampu lagi mak.. Banyak benda yang mau di urus sini.. Thankz sangat untuk mak aku yang memahami.. Mak aku mungkin ndak sama dengan mak kamurang semua.. Dan mak kamurang juga ndak sama dengan mak aku.. Tapi, mak kita punya naluri keibuan yang sungguh polos.. Sangat sayang dan ingin melihat kebahagiaan anak-anak mereka..

Mak!! Semalam aku ingat semua perkara yang pernah kita buat sama-sama.. Seharian di bilik membuat aku dibaluti rasa rindu pada semua orang.. Tapi dalam masa yang sama aku bertindak menjauhi semua sumber yang boleh menghubungkan aku dengan orang yang aku sayang.. Sehingga aku bermonolog dengan jiwa aku sendiri.. Bodohnya aku!!

Kesengsaraan jiwa yang aku rasai kini adalah sesuatu yang telah dijaudualkan untuk aku lalui.. Semata-mata untuk menguji ketabahan hati seorang hamba kepada yang Di Atas.. Aku berusaha.. Dan sedang dalam usha.. Tapi, rasa cinta dan sayang aku sering membantutkan semuanya.. Ndak pa lah.. Aku ikhlaskan semua kesedihan ini.. Biarlah aku menangis supaya, kepiluan dan kesakitan ini akan menjadi amaran pada hati agar menjauhi perasaan yang bernama cinta.. Ikhlasnya aku sudah tarauma dengan yang namanya CINTA.. :((

No comments: