PENiPU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm.. 
Ibu jari mengalirkan darah malam ini.. Secara tidak sengaja aku terhiris kerana asyik bermain dengan pisau gellet dalam bilik.. Sendiri.. Rasa mau pitam pun ada.. Lamanya ndak tengok darah mengalir begitu.. Kalau dulu ianya umpama perkara biasa.. Budak kampung.. Tidak cukup syarat menjadi budak kampung kalau tiada bekas luka.. 

Perot aku masih lagi memulas.. Sejak pagi tadi.. Sehingga memaksa aku untuk bertapa seketika di toilet.. Tapi, ndak pula keluar 'sesuatu' seperti yang dijangkakan.. Huh! Thankz to Jiran aku yang memberikan Losyen Mustajab Pati Halia.. Aku sungguh perlukannya sepanjang hari.. Namun.. Dia pulang awal menyebabkan aku bertarung dengan kesakitan.. Tidak!! Kesakitan ini langsung tidak mematikan mood aku.. Segalanya aku cuba.. Meskipun pada zahirnya aku tersenyum.. Namun jauh di hati sedih dan menahan kesakitan yang kian berganda.. Argh~~


Belajar untuk menjadi seorang penipu.. Namun, aku gagal menipu diri sendiri.. Aku bukan penipu yang profesional.. Dan aku sungguh keanak-anakan dalam menangani isu berkaitan hati.. Aku ndak boleh menipu.. Dan aku perlukan blengko untuk memperbetulkan semua.. Memperbetulkan kenyataan yang pernah aku jerit untuk hati pada satu masa yang telah lalu.. Yang penting.. Gelora Asmara itu kian memuncak dan mengatasi segala-galanya.. 

Bukan mudah untuk hidup.. Apa lagi jika berlaku curang pada diri sendiri.. :((

>> Sebenarnya......................... :((

No comments: