SEBELAH JIWA KU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Uhuiii~~
Beginilah kalu teda aktivitass.. Kalau teda teman bicara.. Menulis jak kerja.. Sejak BB aku di sambung semula, jadi best jugak la kehidupan malam.. Kalau dulu aku aktif berFB, dan laman sosial yang lain, tapi kini aku beralih membaca blog-blog orang pasal kehidupan. Tak ketinggalan blog pasal cerita lucu.. For sure yang sangat ndak boleh ketinggalan adalah YouTube.. Selalu ja buka dan berkaroks sensorang di rumah.. Bagi aku FB dan others laman sosial sudah tidak begitu seronok. Ndak macam dulu.. Hurmm..

Kali ini aku lagi jatuh cinta dengan lagu yang aku rasa memberi semangat pada aku.. Sebelum ni asyik dengar lagu sendu.. Asmidar.. Shahir.. Farawaheeda.. Sapa lagik?? huwahuwa.. Skung dah jatuh cinta dengan lagu baru Jaclyn Victor.. Sebelah Jiwaku.. Lirik dia sungguh mengena dengan aku.. Beat muzik dia pun sangat memberikan semangat.. Dan lagu itu mula jadi wajib dalam setiap playlist aku.. Ihihihi..


Jam sekarang sudah menunjukkan masa 11.27 malam.. Ndak mengantuk lagi.. Malas jugak mau baca novel.. Itu pun kira hobi baru jugak.. Aku start membaca novel mula awal Mac ndak silap.. Dan skung dah 5 novel aku abis baca.. Seronok juga menjadi pembaca novel ni.. Bulih buat perasaan di buai dengan cerita yang dipaparkan oleh penulis.. Senyom sendiri ja kerja.. 

Hurmm.. Tetiba diri dihambat dengan kejadian tengahari tadik. Rasa menyesal lax.. Tapi, hak aku untuk tanya.. Sebab prinsip aku, tanya depan-depan.. Kalau mau kutuk pun, kutuk depan-depan jugak.. Dan kalau ko boleh nganjingkan aku, ko jangan marah kalau aku nganjingkan ko balik.. But once orang tu marah.. Maka dia akan tersenarai dalam list orang yang ndak sesuai jadi kawan aku.. Dia akan jadi kawan biasa-biasa saja.. Still jugak jadi kawan.. But you will never get 'some' special treat from me lol.. 

Kekadang, aku rasa kejam jugak diri aku ni. Ego sering mengatasi semuanya. Tapi aku ndak la sampai hati.. Sedar juga kita idop di dunia ni dalam satu komuniti.. Cuba bayang kalau idop sensorang.. What gonna happend?? Macam sekarang ni lah.. Walau ada banyak orang di sekeliling aku, namun aku masih tetap rasa sunyi.. Hurmm.. Minta maaf jak lah yang terbaik.. Kalau dia ndak mau maafkan, itu urusan dia dengan Tuhan.. Lagipun, ingat best ka rasa hati bila tau kita ada musuh? Redho jak lah.. Semua ini pasti ada hikmah..



.:: SEBELAH JIWA KU by JACKLYN VICTOR ::.

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh.. oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Chorus:
Lihatlah.. lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan.. biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh.. oh
meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkannya semula

[Ulang Chorus]

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oohh
Kini ku berani lebih berdikari

[Ulang Chorus]

Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

****

Esok, aku teda apa-apa pun mau buat. So, mungkin akan menghabiskan masa di ohpiz menyambung drama korea yang belum abis aku tengok.. Dek kerana sibuk dan mood yang sering berubah angin.. Tu yang ndak lalu mau buat apa-apa tuh.. Itu jak kot yang aku mau cakap.. Until tommorrow.. Memohon maaf memang mudah, tapi untuk tidak mengulangi kesilapan sama amat payah.. Memaafkan juga mudah.. Namun memaafkan dengan ikhlas hati itu sesuatu yang sangat sukar.. Dan, itu hanya empunya badan dan Tuhannya saja yang tahu.. God Bless Us..

>> My Name Is BUDAK iTAM

No comments: