DARI PERSPEKTIF AKU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz!!
Semoga semuanya sihat walafiat.. Alhamdulillah, hari ni dah genap 9 pose kita kan.. Insya-Allah, ada 21 hari lagi nak di cukupkan sebelum kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.. Exited? Ntah.. Macam teda perasaan jak aku.. Huhuhuhu.. 

Hari ni berbuka dekat tepi laot.. Makan kurma ngan minom Milo sadja.. Tu pun dah kenyang.. Rahmat Ramadan tu namanya.. Tak mo makan banyak2 bah.. Bukan sebab ndak bernafsu.. Cuma, malas.. Huhuhuhu..


Ingatan sangat kuat kepada seseorang yang aku anggap sebagai kawan yang paling sempoi.. Baek.. Bercita-cita tinggi dan mempunyai misi dalam hidop.. Pernah ku angkat sebagai motivator kehidupan dan pernah ku agungkan sebagai seorang sahabat yang pertama dalam idop.. Sekarang? Masih lagi lah.. Tempat itu tidak berubah pun.. Cuma yang berubah.. Komunikasi antara kami yang semakin suram.. Semuanya bermula kira-kira setahun lalu.. Yeapzz! Bila ayat aku disalah tafsir.. Dikatakan aku menuduh dia sebagai seorang penipu..

Hurmm.. Hati siapa yang tidak pilu bila di tuduh dengan tuduhan sedemikian rupa? Especially dengan kawan baek sendiri kan.. Hurmm.. Sehingga kini, rasa bersalah itu masih bertapak.. Dan aku tidak tahu, sama ada ungkapan maaf aku di terima atau tidak.. As usual, aku hanya mampu memohon kemaafan.. Bak kata orang, bila kita melakukan kesilapan kepada manusia, maka keampunan daripada Allah, tertakluk kepada kemaafan dari orang itu.. Perlu di ingat, jika kemaafan telah dimohon, maka berserahlah kepada yang maha kuasa..

Pernah beberapa kali aku cuba untuk berkomunikasi semula.. Siyes! Aku sangat sayangkan persahabatan ini yang mula terjalin 5tahun yang lalu menerusi laman Tagged.. Dekat situ kami sangat galak berbicara.. Sehingga terasa keseronokan yang berganda-ganda.. Walaupun pada ketika itu FB mula bermaharajalela, tapi aku tetap akan buka Tagged untuk berchit chat dengan Geng Lorong Gelap.. Nad's, Edge, Dia, Shima, TunKiller, Yap Ah Loy, Nuq.. Hehehe.. Siok jugak ah.. Saling membantai.. Nad's yang sering dikaitkan dengan pasangannya Peter.. Dan aku sering dikaitakn dengan dia sebab kami saling tolong menolong dalam menangkis kejahanaman mulut puaka si Edge dan kengkawan dia.. Once kalu ada someone stranger yang masuk dalam chat room kita dan cuba mengapi-apikan semangat kejahatan, mulut dia paling lantang memaki... Aku tolong jer.. Hihihihi..

Kenangan antara aku ngan dia sangat banyak.. Dia ada kawan baek.. Nama dia Alya.. Diorang kawan sejak skolah lagik.. Alya yang memahami dia.. Sampaikan Alya nak kawen pun dia sodih gak.. Biasa ah tu.. Sebab lepas ni takut-takut dah tak leh 'gila' macam zaman bujang.. Tapi dia sangat beruntung, sebab kawan dia si Alya tu memiliki seorang Husband yang sangat memahami.. SUmpah! Aku ndak sangka begitu.. Jelous? No! Berani nak jelous?? Nak rase kaki saiz 9 ker korang?? Hahaha.. 

Dia ni, kira uptodate jugak. Sume bende dia nak.. Kalu bende tu dah jadik trend, sure dia nak.. Mungkin sebab zaman kecil dia yang menjadikan dia 'setamak' itu.. Dia sanggup berabis untuk mendapatkan apa yang dia nak.. Berabis dengan kata, berusaha sehabis baik.. Kenapa kalau dia mengikat perut.. AKu rasa lah.. Tapi, dia suka membuat keputusan berdasarkan pro dan kontra.. Ok atau tidak, Baik atau buruk, Untung atau rugi.. Lebih kurang macam tu lah.. Tapi, kalu bab Beg Converse, dia peminat no.1.. Aku pernah nampak koleksi beg dia.. Banyak siot.. Bersusun.. Pernah gak ada hati nak mintak satu.. Kamu rasa, dia nak bagi tak?? Hahaha..

Dia lahir bulan ogos.. Taun lepas, birthday dia jatuh pada bulan Ramadan. Dan kali ni, birthday dia akan diraikan pada bulan Syawal.. Ikot cerita, last year diorang sambut birthday budox besar ni dekat Car Park.. Erk.. Bukan dekat Futsal Court ker?? Oh! Compiuss lol.. Mane2 lah.. Janji dia sambut birthday dengan menerima hadiah yang begitu best dari kengkawan dia.. Aku? Aku kasi dia Beg.. Aku dah hilang punce sebenarnya.. Nak beli Beg Converse, tapi, sah-sah dia dah kumpol semua. Sebab every new item especially bags yang dikeluarkan oleh Converse, sure dia akan rembat.. So, aku belikan jugak ah dia beg.. Kawan aku cakap, sampai jer beg tuh, terus dia masukkan sume stuff dia dalam dan dia guna.. Thankzz.. Tapi skung dia masih gune lagi tak??

Hurmm.. Masa birthday aku lagik best! Dia ada kirim 3 helai baju.. Putih, Kelabu dan Itam.. Sume ada maksud tersirat.. Ada yang tulis nama dia, ada yang sebab kegemaran dia suke Live Music dan ada sebab semangat dia yang nak selamatkan alam.. Erk.. Huhuhu.. Tapi yang paling aku suke bab cake.. Even cake tuh aku just boleh tengok, tapi dia buat tu khusus untuk aku.. Habis smarties anak dia, Mian dijadikan hiasan.. Of coz yang paling menarik perhatian aku adalah tulisan 'Happy Birthday Saat' sebab someones yang aku sayang sangat yang tulis.. HMAM.. Tapi, skung dia dah takder.. Dah jadik kenangan.. Hurmm :(( Sebelum terlupa, Kad Birthday pun ada gak.. Hihihihi.. 

Ketika bekawan dekat Tagged, aku dah tau kalau dia miliki sebuah Produa Viva.. Nama kete dia tuh, Puan Havivah.. Kene ar dengan tuan punya kereta, Mr Heavy Bah! Hohohoho.. Ko jangan amik ati k.. Aku gurau jer nih.,. Weii~~ Plz jangan amik ati ah.. AKu gurau jer.. Jangan amik ati tau!! :) Lepas tuh, aku tau jugak kalu dia dah pernah kawen dengan seorang wanita berkacukan Arab.. Jodoh tak kesampaian. Tapi yang pasti, diorang masih berkawan. Dan hasil perkahwinan diorang, dianugerahkan seorang budox lelaki bernama Mian.. Kegemaran dia suka makan cake SR.. Ntah cake mende.. Sume dia bantai kot.. Yang penting dari SR.. Uhuhuhu.. Mahal tu beb.. Lagi sodap kot kalu ko buat sendiri.. Ingat! Sampai hari ni aku masih menyimpan impian untuk merasa sendiri cake buatan ko..

Sekarang nih, kami dah tak macam dulu dah.. Masing-masing fokos dengan kehidupan masing-masing. Si peminat The Blues ni dengar cerita dah ada cinta dia yang baharu.. Memudahan ke jinjang pelamin k.. Kalu nak invite aku.. Invite gune tiket kapal terbang dan penginapan sekali.. Hihihihi.. Takder ah.. Gurau jer.. AKu harap ko gembira dan bahagia selalu.. Dengan Amira Edora.. Pah Bedah.. Sapa lagi erk?? Banyak sangat kawan ko yang aku tak kenal.. Semoga segalanya membahagiakan ko..

Hurmm.. Banyak sangat ah cerita pasal dia nih.. Banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk sangat!! Sume tu aku simpan dalam memori aku.. Insya-Allah, tempat ko dalam hati aku tidak akan pernah berubah pun.. Bebaru aku dengar citer ko jatuh dan kaki ko kene simen.. Hope cepat sembuh lah k.. Kaki ko jer pown yang kene simen.. Bukan mulut dan hati ko.. So, jangan ah jadik pendiam.. Bising sikit.. Mak Jemoh tak sesuai bawa imej sunyi-sunyi nih.. Kene gembira selalu.. Sebab senyuman ko yang paling cute setakat ni dekat department ko.. Dekat office ko.. Tentulah senyuman HMAM.. Ehemm.. Dia dah jadik kawan abek aku skung.. Tak nak ah berjiwa-jiwa dah.. Cukuplah dengan apa yang telah kami lalui sebelum ni.. Aku rasa begini lebih baik.. Banyak aku nak sahare ngan ko.. Tapi, mulut ko tumpis sangat.. Tak leh ah!! Kang abiz ko bocor rahsia ngan dia.. Hihihihi..

Ingat! Motivasi diri ko sebagaimana ko memotivasi orang lain.. Cetuskan titik gembira dalam kehidupan ko.. Ko ada ramai orang sekeliling yang masih memerlukan senyuman manis ko.. Baby Humaira tu pun nak tengok Uncle dia happy.. Takkan nak besarkan Baby Humairah dengan muke masam kowt.. Hehehe.. Aku mula kenal nama ko sebagai Pet Kerizz Redzuan.. Lepas tuh, muncul nama baru.. Pet Aaron Kerizz Redzuan.. Kemaruk sangat ngan Ombak Rindu lah tu.. Huhuhuhu.. Walaupun aku tak tahu apa nama sebenar ko.. Tapi aku bersyukur, sebab aku dah kenal hati budi ko.. Terima Kasih Sahabat!!

*Semua yang tertulis adalah berdasarkan pengalaman dan ingatan aku kepada kamu.. Jika ada yang tersalah, sepuluh jari ku susun, memohon seribu keampunan.. Salam Ramadan :)


No comments: