PERKHABARAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Mendapat perkhabaran sedih sememangnya tidak di ingini oleh setiap manusia.. Kerana setiap perkhabaran sedih pasti akan mempengaruhi mood semasa.. Mungkin mempengaruhi untuk jangka masa pendek.. Atau mungkin juga untuk satu jangka masa yang panjang.. Aku?  Seperti biasa, aku tidak segan untuk mengakui kelemahan aku dalam mengatur hidup.. APa lagi bila berhadapan situasi sedih.. Ditambah lagi dengan keadaan aku bersendiri di sini..

Hari ini, lewat petang aku mendapat perkahabaran dari kampung menyatakan seorang yang cukup aku kenal pergi menghadap Ilahi.. Sudah ajalnya.. Beliau merupakan seorang bidan yang telah menyambut kelahiran beberapa orang adik aku.. Teringat banyak perkara mengenai beliau..


Beperwatakan ceria dan suka sangat ketawa.. Once dia ketawa, susah sangat untuk di berhentikan.. Sehingga pernah sekali beliau di serang athma sebab terlampau banyak ketawa.. Seronok mendengar ketawanya.. Sebab, ketawanya itu sudah bisa membuat kami beradik ketawa bersama.. Terkadang, kami mengajuk tutur kata beliau sehingga terkadang mengundang bebelan yang sinis.. ihihihi..

Dianugerahkan fizikal yang agak gempal.. Menyukarkan dia untuk bergerak pantas seperti orang lain. Selalu jugak dia berjalan especially ke rumah jiran aku, sebab dia and jiran aku tuh ada ikatan kekeluargaan.. Kalau dah lalu depan umah, sure sorak sahut menyahut ngan mak aku.. Suh dia singgah.. Kekadang, singgah ar jugak dia.. But mostly dia tak singgah.. Sebab, kekadang dia meninggalkan umah jiran aku tu pun dah maghrib.. Huhuhuhu..

Aku selalu maen dekat umah dia dulu masa kecik.. Petik bunga dekat umah dia.. Sure kene herdik.. Ada aku kisah?? Hahaha.. Itu yang advanture tuh masa kecik.. Lepas tuh, suka maen dekat tangki buruk umah dia.. Kalau main sembunyi2.. Sah-sah aku ngan sorang lagik kawan aku akan masuk dalam tangki tu menyorok.. Berpeloh-peloh.. Dah terkurung dalam tangki kan.. Hahaha.. Kalau ujan lax, parit depan umah dia jadik destinasi kami.. Sebab parit umah dia tu, dasar dia tanah liat.. Rasa macam dekat papan luncur air sunway lagoon lax.. 

ANak-anak dia sume dah besar. Dia stay dekat umah jaga cucu.. Selain glemer digelar bidan kampung, dia ni juga seorang peniaga kecil kecilan. Umah dia ni lah tempat kami selalu serbu kalu terjumpa duit dekat jalan.. Yang berkarat pun kami bantai jugak.. Tapi, kalau jumpa dekat anak or cucu dia, diorang terima saja.. But once sampai dekat tangan dia, sebelom kasi dapat beli keropok seposen or ais perisa, dia suh kami bersihkan atau lebih tepat, kilatkan duit tuh guna belimbing buluh.. Betol ah kilat.. Tapi, hazab jugak ah.. Demi keropok dan ais perisa, kami buat saja.. Hihihhi..

Banyak sungguh kenangan kami ngan dia.. Dan, dia dah pergi menghadap ilahi 2 hari yang lepas.. Tapi, baru ku mendapat perkhabaran hari ini.. Petang tadi mak aku cakap.. Rasa sebak sangat.. Semua memori yang terukir menerjah ke minda.. Rasa nak nangis ja petang tadik.. After asar, ku duduk bersimpuh dan mengirimkan doa untuk beliau.. Beruntung dia bertemu Tuhan pada bulan Ramadan ini.. Aku tidak berganjak kemana-mana, terus tutup mata rapat-rapat sehingga tertidur.. Sedih sangat!!

Dia boleh dianggap sebagai orang lama di kampung aku.. Anak-anak dia dari kecil dah memang aku kenal.. Tapi, kami tak geng.. Sebab beza umur yang sangat ketara.. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dengan dia. Selalu jugak nampak dia lepak dekat beranda rumah.. Just bunyikan honk jak.. Lambai-lambai.. Masa tuh, dia masih kuat, cuma dah tak seactive dulu.. Duk umah saja.. Dia panggil aku 'Sahak' dan kami adik beradik panggil dia Haji Jennek.. Dan dia salah seorang yang sejak aku kecil sampailah aku besar panjang, belum pernah sekali aku melihat gigi dia.. Sebab kalau dia senyum.. Hanya nampak gusi.. Katanya selesa tanpa gigi.. 

Semoga kau berbahagia di sana Puang Aji.. Mudah-mudahan tergolong dikau dalam kalangan mereka yang beriman.. Al-Fatihah~~ :((

No comments: