FIKIRLAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Imsak dah masuk.. Bermula perjalanan menuju daerah penuh dugaan dan godaan.. Kekadang kita ndak sedar, yang sedang kita lalui ini adalah ujian.. Mengeluh dengan segala macam benda yang menimpa diri.. Ah! Wajar untuk aku mengeluh.. Bukan tidak mensyukuri.. Cuma menunjukkan reaksi apabila di'sentuh' dan cuba meluahkan sesuatu tanda aku masih inginkan kehidupan yang lebih sempurna...

Yang pasti, kita sering lupa, pelajaran bukan hanya menerusi buku yang dicatat oleh orang yang lebih dulu belajar.. Tetapi juga diperoleh menerusi pengalaman yang tidak diperoleh menerusi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.. Pengalaman sememangnya terselit di sebalik semua proses dalam kehidupan.. Dan terkadang muncul reaksi positif serta tindak balas yang negatif..


Adalah tidak layak kita sebagai hambanya menghukum hamba yang lain, walau memiliki fahaman sama.. Sebab, likuan kehidupan yang berbeza sudah cukup menyatakan kita tidak layak menghukum seseorang berdasarkan pengalaman hidup kita.. Kerana bukan mereka sahaja, tapi kita juga sedang di hukum sentiasa di setiap tarikan dan hembusan nafas.. Cuma kekadang kita tidak menyedarinya..

Hari ini pastinya hari yang agak sibuk bagi aku.. Ndak tau dimana aku mau selitkan masa untuk aku top-up waktu tidur yang terkurang hari ini.. Huh! Semoga semuanya berjalan lancar.. Dan semoga semua kesedihan yang semakin tidak tertanggung ini dapat ku luahkan dengan laut.. Yeapzz!! Hari ini aku bercita-cita untuk berbuka di tepi laot.. As usual, aku merancang.. Dia yang Maha menentukan..

Sejujurnya, aku bukanlah manusia yang sempurna.. Dan aku tidak pernah mencari dan ingin mendekati kesempurnaan.. Kerana ia bukan sifat manusia melainkan sifat yang Maha Mencipta.. Aku buat pelbagai jenis kesalahan.. Aku akui itu.. Dan aku memohon seribu kemaafan.. Kerana aku pernah dengar, ungkapan 'maaf' yang ikhlas adalah sesuatu yang sukar untuk dizahirkan.. Walau tidak akan merubah kesakitan atau mengubat kelukaan, sekurang-kurangnya, aku sedar akan kekhilafan yang aku lakukan.. Dan di dalamnya itu terselit azam untuk tidak mengulanginya lagi.. Sekali lagi kita berbalik pada sifat manusia yang tidak sempurna dan kata 'Tuhan yang menentukan'.. Bukan berniat untuk menyembunyikan kesalahan disebalik ungkapan itu.. Tapi percayalah.. Tiada seorang pun di dunia ini yang ingin melakukan kesilapan berulang..

Dan, ketahuilah kalau semua keadaan ini akan 'menelanjangkan' aku di hdapan mata seseorang yang serius untuk mengenali.. Dan menerima aku seadanya.. Anugerah yang tidak ternilai adalah akal fikiran.. Yang juga membezakan manusia dan haiwan.. Maka, fikirlah sebelum membuat sebarang tindakan.. Fikirlah sebelum membuat sebarang keputusan.. Dan fikirlah sebelum segalanya hilang dari genggaman.. Lebih jauh.. Dari 'pandangan'..

No comments: