KETENTUAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepzz!!
Macam lama ndak mengupdate status tyme kije.. Itu bermaksud aku sibuk lol.. haha.. Ndak la sibuk sangat kot.. Tapi bulih lah.. Sekarang ni pun sepatutnya ada lagi bahan yang kena di edit.. Tapi, aku simpan kijap.. Sebab esok masih ada.. Hohohoho~~ Dan! Sifat bertangguh ini lah yang menyebabkan kerja aku bertimbun.. Dan aku suka menyelesaikan semuanya pada hujung minggu.. So, aku ada alasan untuk mengelak dari perjumpaan dengan mana-mana pihak..

Perut tidaklah terlalu lapar pown.. Meskipun semalam langsung tidak bersahor.. Makan malam pun tidak.. Just menjamah masa berbuka dengan kengkawan di ohpiz saja semalam.. Hasrat hati untuk menikmati telor masak asam jawa nampaknya belum kesampaian.. Sudah ar tyme buka semalam aku mencarik Hati Buya.. Huhuhu.. Satu bazar aku pusing, teda pulak yang bersesuaian dengan keinginan aku.. Ada jugak tapi masak dia jenis goreng bersambal.. Aku mau masak kicap sadja.. Macam selalu diorang buat Hati Ayam masak Kicap tuh.. Cerewett kan? Kalau aku ndak jumpa yang berkenan memang aku akan carik sampai dapat.. Kasian Kak Mas dan Esna menunggu hampir setengah jam dekat kereta.. Huhuhuhu.. Malang sungguh nasib.. Pencarian gagal lol..


Mungkin kerana terlalu penat mencarik Hati Buya dekat bazar tuh.. Sampai jak umah dalam jam 8 lebey, aku terus lending di depan tv.. Hohohoho!! Dalam jam 11 lebey baru tersedar.. Tu pun terbangun sebab ada mizzcall darik nombor yang aku ndak kenal.. As usual, any phone missed call yang aku tidak kenal, tidak akan dilayan.. Terus delet dari system.. Kalu sms lax, sure aku akan jawab pertanyaan yang dilemparkan serba ringkas, dan tanya siapa gerangan punya nombor.. Jika ditanya dengan baik, ndak mau mengasi tau nama.. Maka, selamat tinggal lah jawabnya.. Sebab aku rasa macam ralat ja berhubung dengan someone yang aku ndak kenal..

Off kan tv dan melangkah longlai pigi mandi.. lepas tuh solat Isya' dan panaskan air.. Tetiba bernafsu mau minom Milo di tengah malam.. Melayan TV sehingga jam 1 pagik.. tengok  nightline dan sebuah drama selepas itu berjudul Asmaradana.. Malas mau tengok teruss.. Sebab dah episod awal aku ndak tengok.. Tapi, so so jugak lah drama tuh.. Boley tahan.. Lepas tuh lepak sendiri di beranda umah.. Dek kerana baru bangun dari tidor, maka mata pun segar bugar.. Mau buat apa ah?? Huhuhu.. Bersigupp sambil menyaksikan bulan yang cukup bulat ni malam.. Berpinar mata jugak nih.. Huhuhuhu..

Dalam jam 1 lebey, salah satu rumah dekat blok aku tuh bising amat.. Meriah.. Mau saja ku joint.. For sure.. Kejelesan yang membara membuatkan aku masuk bilik dan updating blog.. Sehingga ndak sangka, aku tertidur sendiri di samping lampu yang terang benderang.. Kipas yang off.. HP yang tidak bercass.. Sehinggalah jam 7 pagi.. Oh!! Aku terlepas sahur!! Terlepas sembahyang subuh!! Ingatkan ndak mau tidor setelah subuh.. Namun, Kita hanya mampu merancangan.. Hurmm..

No comments: