PERJALANAN 02-08

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Heyppzz!!
Alhamdulilah.. Sempurna lagi puasa kita untuk hari ini.. Dan hari ini aku berbuka dengan Kak Mas dan Esna dekat Chicken Hut.. Diorang order dekat kedai tu.. Tapi aku order dekat kedai lain.. Kedai mamak pilihan aku.. Tapau dan makan ngan diorang.. Ihihihi~~ Makan kurma, nasi goreng Thailand dan Milo Ais.. Lepas sume tu sapsai aku hadap.. Maka, berfogging lah di luar restoran tuh.. Jam 7 dah gerak balik ohpiz.. Sebab nak kejar waktu Maghrib..

Lepas Maghrib aku ndak terus balik. Stay lagik di ohpiz sebab hari ni aku ditugaskan baca berita jam 10 malam.. Sesambil menunggu, aku mengemas meja dan mengupdate jadual-jadual berkaitan dan mengatur beberapa borang untuk di submit kepada pengurus aku esok.. Maklumlah, nak cuti ni kena atur semua awal-awal.. Tak mo nanti ada casualty lax menimpa masa aku tengah siok bercuti.. Jam 7.45 gitu HP berdering.. Mak Hayy call.. Ajak aku pergi JP.. Sebab katanya kengkawan semua nak jumpa.. Rindu.. Ouch!! Hurmm.. Aku pun rindu jugak dengan diorang sebenarnya.. So, capai bag dan terus blah.. Dekat jam 10 nanti baru datang balik.. 


Di JP, kengkawan lama dah menunggu.. Ohoo!! Semua pun ada.. Meriah sungguh.. Hihihi.. WIndu ngan diorang semua.. Alhamdulillah.. SIhat dan bahagia saja diorang as usual.. Cuma, aku di tujah dengan pelbagai persoalan.. Yang paling ramai tanya.. "Kenapa dah kurus? Takkan sebab puasa dah cekung begitu?? Makan hati meh??" Hahahaa.. Aku kaui itu.. Sebab skung ni pun, berat badan nampaknya menjunam jatuh.. 47kg.. Hari-hari pun timbang berat. Sebab dekat ohpiz ada penimbang.. AKu cakap la.. Puasa.. Yang pasti, pertemuan bersama beberapa ketika itu memberikan satu suntikan keceriaan pada aku.. Diorang memang gilaa.. Start jumpa sampai berpisah.. Masing-masing dengan cerita kisah rumah tangga masing-masing.. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bahagia menjanda.. Hahaha.. Gilakkk..

Dalam jam 9.35 begitu aku meninggalkan diorang.. Sebab mau bertugas membaca berita.. Sesudah urusan pejabat selesai.. Maka aku memandu pulang.. Terang benderang alam seketika di sinari rembulan yang penuh malam ini.. Indahnya ciptaan Tuhan.. Subhanallah~~ Singgah sebentar di tepian laot.. Ndak lama.. Dalam 20minit saja rasanya.. Sempat menghabiskan 2 batang rokok berbekalkan air mineral saja.. Selesai disitu, terus memandu pulang.. 

Rumah menyambut ketibaan aku dengan rasa sunyi yang amat sangat.. Kosong.. Dan sedikit mendamaikan.. Mandi dan lepaking sebentar depan tv sebelum menghapdate blog ini.. Oh! Memudahan aku akan tersedar untuk bersahur pagi ini.. Petua orang kampung, sebelum tido, kene tepuk bantal ikot jam berapa kita nak bangon.. Kalu jam 4, maka tepuk lah 4 kali.. Dan cakap lah sikit 'wahai bantal, dengan izin Allah, kejutkan aku jam 4 subuh'.. Bunyiknya macam laen sikit, tapi.. Insya-Allah.. Berjaya..

Hurmm.. AKu sedang sakit merindu seseorang.. Cuba untuk menahan.. Tahan!! Tahan!! Perjalanan 02-08 berakhir.. Jom tempuh 03-08 pulak.. Huhuhuhu.. Nitezz :((

No comments: