15 April 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hello!! Hehehe.. Lama juga ndak update sini. Gara-gara terlampau lama, sampai aku sendiri ndak tau mau mulakan dari mana.. Hehehe.. Apapun, terima kasih kasih kerana masih setia menanti update dari aku.. Hehehe..

1) KEHIDUPAN

Alhamdulillah.. Aku bersyukur kerana masih di beri peluang untuk melalui hidup ini dengan penuh rasa tabah. Aku peroleh kekuatan dari segenap ruang yang telah tersedia untuk kita daripada Dia. Secara amnya, kehidupan aku yang dulu dengan yang sekarang tidak banyak berbeza. Masih lagi begini.. Single.. Sakit.. Sunyi.. dan suka akan kesunyian. Aku masih berkawan baek dengan si Kazen. Dan aku sudah terputus hubungan dengan si X. Itu yang lebih baik.. Bebaru, aku ada godek-godek post lama aku di FB.. Nda jugak aku baca semua.. Tapi, dia dah tukar nama.. Biarkanlah dia begitu.. Aku malas sudah mau masuk campur.. Yang aku tau.. Aku mesti fokus dengan kehidupan aku sekarang.. Pandang depan.. Dan terus mengorak langkah.. Biarkan mereka yang menjauh..

Dalam kehidupan aku.. Ada beberapa orang yang aku sayang.. Kali ni, aku nak fokus pada dua orang yang sudah hilang dar hidup aku.. Pertama.. Namanya si Kahar Ammar. Aku kenal dia di FB. Dia orang Lahad Datu.. Dia baek.. Dia sudah ada couple.. Satu di Sipitang.. Dan satu lagi di Lahad Datu. Kalau difikir-fikir.. Memang best kehidupan dia kan.. Dia selalu temankan aku di WeChat. Kalau aku ndak balas WeChat dia, dia akan WhatsApp aku.. Kalau itu pun aku ndak layan.. Dia akan datang mengacau di FB pulak.. Hehehe.. So far.. Aku memang suka bekawan dengan dia.. Tapi yang ndak bestnya dia ni, suka betul hantar emotikon gilak-gilak.. Yang aku ndak suka.. Sudah di kasitau pun tetap jugak ndak mau paham.. Hahahaha.. Atau mungkin aku yang kadang-kadang getek dengan dia.. Hahaha.. Ndak tau..

Kedua! My Oppa.. Namanya Nazri Baharuddin. Dia orang KL. Sangat memahami.. Sudah kawen dan kini dah ada seorang baby boy yang sangat chomel.. Nama baby dia Aqief.. Nama wife dia Melati.. Hehehe.. Ya! Kami berkawan baik. Mengimbas kembali sesi perkenalan kami.. Dua-dua pun menggilai Korea.. Hahahah!! Bermula dengan drama di tv9.. I Miss You.. Tapi aku ndak habis tengok cerita itu.. Sebab ndak ada masa mau tengok tv.. :'( Kami bekenalan di FB jugak pun.. Hahaha.. Ramainya kawan aku dari FB kan.. Hehehe.. Dia langsung teda simpan rahsia apa-apa dengan aku.. Kali pertama bersua suara masa aku di KKIA. Masa tu tengah makan di McD dan dia sedang bersenam-senam di Taman. Lucu pulak.. Hahaha..

TAPI, kini kedua-duanya sudah hilang dari aku. Hehehe.. Aku sendiri pun ndak tau kenapa.. Tapi yang pasti, segalanya berpunca daripada aku.. Aku yang menjauh dengan mereka. Aku ndak mau lebih-lebih.. Sebab aku ni jenis yang cepat jatuh sayang.. Aku ndak mau perasaan aku membunuh diri aku sekali lagi.. For sure, dua-dua orang tu memang best!! Seronok bekawan dengan diorang. MAAF!!! Andai aku bukan yang terbaik untuk kamu berdua.

Di samping sibuk dengan dunia pekerjaan.. Aku juga sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Kali ini, aku bersama-sama dengan si Hani untuk buka restoran tuh.. Hurmm.. Ini lagi satu hal.. Aku agak gopoh. Tanpa memikirkan apa-apa.. Terus buat keputusan.. Dan akhirnya, aku sendiri yang sengsara. DI serang dengan keadaan eosi yang tidak stabil.. Mood gila-gila down bila memikirkan tentang perniagaan pertama aku tuh.. Huhuhuhu.. In Sha Allah, aku yakin dengan janji Allah.. Siapa berusaha, dia akan merasa manisnya.. In Sha Allah..

Buat masa ini, kehidupan aku tidak terurus kerana sibuk.. Subuh dah pergi restoran untuk menyediakan breakfast, lepas tu pegi office.. dan petang kekadang terus ke pasar untuk membeli barang keperluan untuk beroperasi esok.. Sampai rumah aku pun sudah macam kapal tongkang.. Huhuhuhu~~

2) CINTA

Bila bercerita tentang hati, sejujurnya aku kini masih dalam misi untuk merawat luka sendiri.. Janji aku masih tetap ku pegang.. Tidak ada cinta baru sejurus selepas cinta aku dengan si X. Tengoklah nanti.. Bukan sekarang.. Trauma mungkin.. Huhuhuhu.. Yang jelas, aku belum bersedia untuk bahagia dan sedih dalam masa yang sama..

Hehehe.. Itu jak kot dua benda yang aku rasa nak kongsi.. Apa lagi erk? Nanti-nantilah aku kongsi lagi.. Kalau aku bertenaga.. Sebab sekarang aku mengantuk!! Walaupun sekarang baru jam 10.33 pagi di Ohpiz.. Gara-gara teda buat apa-apa kali yaa.. Hehehhee..

Bah!! Lepas baca diam-diam saja k.. Rahsia KITA
My Name Is SAAT :)

No comments: