SEMALAM YANG HANGAT..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Huwarghh.. Bukan bermakna aku mengantuk.. Cuma meregang2kan badan yang terasa letih setelah tidur beberapa jam. Hihihihi.. Dan sekarang, hujan membasahi bumi Tawau. Sejuk dan nyaman bersatu sejurus semuanya selesai..

Sebenarnya aku malas mau cerita pasal kejadian semalam dan hari ini. Ntah kenapa aku tiba2 te'klik' pautan new post. Hahaha.. Jadi aku kongsi sikit2 jak la yaa.. Semalam aku bejumpa sama si kawan ku. Yang sudah lama aku cari.. Sudah lama aku mau jumpa. Namun, aku lepak2 sendiri di bawak rumah, tiba2 muncul pulak dia. Hahaha.. Layan jea lah.. Beketawak jak keja kami. Di gerodoknya si comel. Ndak tau apa yang dia cari.. Aku hanya merelakan dan kadang kala tergelak dengan tingkahnya yang terkadang kelihatan lucah.. Hihihi

DAN, malam tadi jugak, si 'dia' datang. Aku seperti yang telah di setting, akan berlakon sedaya upaya untuk memastikan aku masih berpeluang untuk menjadi kawannya. Yang pasti, bukan aku yang berkeinginan untuk ketemu.. Tapi si 'dia' yang teringin. Aku iyakan sahaja. Pertemuan yang singkat, namun penuh bermakna.. Ndak berani untuk menyuarakan yang tersimpan sebab takut akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah.. Biarlah dia tahu bagaimana aku menghargainya sebagai seorang kawan. Meskipun aku hanya sebagai pelakon. Aku yakin, lakonan aku bukan palsu.. Kerana itulah selayaknya aku lakukan untuk memastikan KAMI akan terus tersenyum bersama. Dan aku berjaya membawa dia ke suatu daerah yang mudah2an akan membawa sinar kepada perhubungan suatu masa lampau.. What a suprise!

DAN, malam tadi juga aku berkesempatan sekali lagi menjejakkan bagunan megah Yayasan Lau Gek Poh. Untuk kesekian kalinya aku akan beraksi sebagai pengacara majlis persandingan satu lagi pasangan pengantin baru Sabtu ini. Yang pastinya, hari itu akan memperlihatkan aku beraksi solo. Sebelum ini bersama dengan pasangan.. Namun, bagaimana kesudahannya?? Seperti biasa, aku mengharapkan yang terbaik!

MALAM TADI juga berlangsung Majlis Reunion Mini antara aku dan KIKI dan FIFI. Tersenyum seketika bila menyaksikan Jam Tangan yang dihadiahkan oleh FIFI kepada AKU, KIKI dan NUZUL. Meskipun jam itu adalah 'biasa' namun nilainya teramatlah 'Luar Biasa' bila diberikan oleh seorang sahabat dan digayakan oleh seorang yang memang KIUT dan COMEL ketika memakai jam.. Hahahha :P Agak lama jugak kami bergelak ketawa di Olive Pasta & Pizza Bistro tuh, tempat kerja si Nuzul. Selepas itu, aku antar si Nuzul pulang dan aku, dia dan DUA ORANG sepupunya melepak di Kubota Square, Fire Ball. Jam 12.00 begitu kami pulang.

TAPI, aku ndak berjumpa dengan My Beloved Pwendz: Abg Zhaf, Mai, dan Rien sebab aku telah set temu janji dengan si 'dia' itu.. Hehehe.. Sorry pwendz.. Need to "lanjik2" sometimes.. and I've done it WELL.. Kakakaka.. My Name Is SAAT :)

No comments: