DUA KOSONG SATU KOSONG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hai Olzz.. Lama sangat tak menulis.. Almost 3 minggu tak jenguk blog ini. Besalah tu.. Kalau dah buat updated, means ada sesi cur-hat yang mau di kongsi berama.. Huhuhu..

Hari ini dah 7 Jan 2011.. Tak sedar, dah 7 hari dalam new year.. Aku?? Masih lagi begini.. Menanti sesuatu yang belum pasti.. Azam?? as usual, aku bukan seorang yang suka meletakkan azam setiap tahun. Aku hanya ada matlamat hidup yang mesti aku lakukan dalam tempoh rasional yang aku sendiri tentukan. Jadi, sekurang2nya aku belajar untuk merancang, dan aku merancang untuk suatu tempoh masa.. Bila ia tiba, biar masa yang menjawabnya.. Hehehe

Tahun 2010 memberi banyak kenangan manis dalam hidup aku. Ramai kawan, pekerjaan semakin kukuh meskipun belum begitu stabil, juga mula belajar menonjolkan diri dalam khalayak.. Aku menilai diri aku sebagai seorang yang pemalu, lanjik, over, becok dan kadang2 saja serius.. Tidak suka yang terlalu formal, banyak rahsia dan sering menilai sesuatu berdasarkan pemerhatian diri sendiri. Itu sebahagian penialain saya terhadap diri saya sendiri..

Sepanjang tahun 2010.. Banyak kenangan manis tercipta, banyak memori luka melanda tidak kurang banyak hati yang terluka oleh aku. Minta maaf.. Aku tiada benda lain.. MINTA MAAF.. Seikhlasnya.. Tahun 2010 yang sudah berlalu banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.. Banyak mengatur aku ke arah seorang yang berprofesionalisme.. Kadang2 terpeleot jugak aku dari landasan.. Namun aku cuba bangun untuk menghayun langkah lebih gah ke hadapan. Kerana, setiap kali jatuh, cara bangunnya adalah lain.. Falsafah sikit lol..

KENANGAN MANIS: Haaaaaa.. Dalam tahun 2010 lalu, banyak kenagan manis telah ku ciptakan bersama kawan2 ku.,. Pergi ke Filipina adalah satu memori yang tak mungkin aku lupakan.. Tahun 2010 juga memperlihatkan aku berjaya mencapai satu lagi matlamat dalam hidupku. Memiliki si COMEL.. Melakar sejarah persahabatan dengan ramai orang di seantero Malaysia.. Berkenalan dengan dia yang bernama JIJAN, RAIN, FENDI, dan beberapa orang lagi yang aku dah lupa kerana dah lama tak kluar lepak.. Huhuhu..

Tahun 2010 juga memperlihatkan aku semakin berani menerima pelbagai tawaran mengacara majlis., Thankz to Mr. Zhafrin for giving an opportunity also a tips for being a gud MCs. Also to all of u guys yang tolong menyebarluaskan empire pengacaraan ku. Mungkin ada yang kurang berpuas hati berkenaan presentation aku.. Sory sangat2.. Kerana aku masih dalam proses pembelajaran..

OPIS.. Hahaha.. Satu tempat yang sungguh memberikan keceriaan kepada aku.. Memang kalau ke office, semua benda dalam kelambu pun di cerita. Sebab aku seorang yang suka melawak dan bercakap lepas. Yang boleh terima, Alhamdulillah, yang tak boleh?? Huhuhuhu.. Saya akan belajar utk menjadi lebih sopan dear.. :P.. Satu ketika, kerana BLOG, aku umpama kera sumbang di pejabat.. Meluahkan semuanya tanpa selindung.. Tak sangka, beliau menemukan dan menyelongkar BLOG ku dan menemui segalanya.. Alhamdulillah.. keadaan masam2 tidak berlarutan lama.. Terima kasih kerana menerima maaf seorang adik yang masih memerlukan bimbingan :)

KAWAN: Naaa.. Ini lah dia.. Tahun 2010 merupakan tahun yang cukup memberikan pengajaran kepada aku mengenai dunia persahabtan. Aku diajar bagaimana untuk menghargai kawan.. Aku diajar bagaimana untuk belajar menerima kawan. Tapi, aku selalu lupa belajar untuk menjaga hati kawan.. Lupa untuk menghargai kawan dan lupa untuk menggembirakan kawan. Adat manusia, bila dah terhantuk baru akan terngadah.. Bila dah rasa sakit, vbaru akan cari ubat.. Aku melalui hujung 2010 dengan penuh cekal.. Kesedihan di tinggalkan sahabat itu sangat pedih.. Belajar melaluinya sendiri dan Alhamdulillah, aku berjaya mengharunginya meskipun kadang kala aku merasa kesunyian yang amat. Untuk yang kesekian kalinya, aku memohon maaf kepada Mohd Zhafrin Nordin, Al Umar Yusuf, Azizan dan Mohd Nazrieyanshah, Rafidah Gapar, Noraziana Wahab, atas keterlanjuran ku yang langsung tidak tahu menghargai sebuah persahabatan.. Terima kasih atas segalanya dan halalkanlah makan dan minum ku selama bersama2 dengan kamu., Jika aku mempunyai hutang, tuntutlah segera kepada ku, jika aku dah tiada, maka tuntutlah dengan keluarga2 ku.,. Kerana itu akan membuetkan aku lebih tenang..

2010... Banyak meninggalkan memori yang penuh erti..
2010... Banyak memberikan inspirasi sebuah dunia realiti..
2010... Banyak mencipta kreativiti yang terkadang mati..
2010... Banyak mendatangkan konspirasi di dalam diri..

Rasa takut, Kerana aku sudah terlalai
Rasa sunyi, kerana aku sudah terlebih
Rasa sedih, Kerana aku yang mengingini
Rasa payah, kerana aku masih mencari

Terima kasih atas perhatian
Terima Kasih atas pertolongan
Terima kasih atas keluangan
Terima kasih atas kesempatan

Tinggalkan 2010 dengan penuh cita-cita untuk tidak berjalan atau berlari..
Tinggalkan 2010 dengan penuh keinginan untuk teris berdikari..
Tinggalkan 2010 dengan penuh visi di hati..
Tinggalkan 2010 dengan penuh keinsafan menghiasi diri..

My Name Is SAAT :)

No comments: